Adsterra

Isnin, 27 Ogos 2012

Isteri-Isteri Toki

 Mahu pergi beraya ke rumah Toki dekat Setapak dan Ulu Yam, Muhammad Hamka sudah ready.
 Pergi ke Setapak dahulu berjumpa Mama Kamariah isteri Toki nombor 2, mereka ada di rumah semasa kami sampai di sana.
 Selepas Setapak, kami sekeluarga menuju ke Ulu Yam ke rumah Mama Latifah isteri Toki nombor 3. Semua adik-beradik Chek ada di sana.
 Bergambar kenangan dengan Toki, inilah gambar pertama Muhammad Hamka dengan Tokinya setelah berumur 1 tahun 2 bulan.
Pulang dari Ulu Yam singgah bertamu di rumah Tok Chik, Untie Noor di Batu Caves. Lewat petang menuju ke Puncak Alam ke rumah Makcik Azizah.

Ahad, 26 Ogos 2012

Jalan Tunku Abdul Rahman

 Berbaring sambil bergurau senda dengan Tokma, Muhammad Hamka sudah bersedia mahu ke Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman.
 Masih terasa bahang hari raya, ramai para peniaga belum mula berniaga kerana masih beraya di kampung masing-masing.
 Senang parking kereta dan senang berjalan tanpa bersesak-sesak dengan orang ramai. Tidak seperti masa bulan puasa tempoh hari sesak teruk dengan kenderaan dan orang ramai.
 Dalam sejarah pergi Uptown Danau Kota tiada seorang peniaga pun di situ berniaga, semua masih cuti berhari raya.
Dapat hamper dari Untie Tan, terima kasih.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kereta Rosak Ulu Bernam

Dugaan yang melanda semuanya ada hikmah yang tersembunyi, kereta rosak dari Sungai Perak sehingga Ulu Bernam. Cadangan dari Taiping menuju ke Terengganu, tetapi kereta tiba-tiba rosak dan tidak boleh bergerak. Batal ke Terengganu dan terus menuju pulang ke Klang, baiki kereta dahulu setelah panggil towing carcrane. Alhamdulillah semuanya selamat tiada apa-apa yang berlaku.

Khamis, 23 Ogos 2012

Penang

Syukur Alhamdulillah seawal jam 7.30 pagi, hari Rabu kami sekeluarga bertolak ke Penang dan Kedah berhari raya di rumah kawan-kawan Chek.
 Singgah sarapan pagi dekat Kampung Kubang Semang, Penanti, Bukit Mertajam. Makan nasi berlauk dan behon sup utara.
 Hampir 12 tahun Chek tidak menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang, pada tahun 1993 sehingga 1995 Chek menetap di sana mengikuti keluarga berpindah kerana bekerja dengan syarikat PLUS. Waktu itu Chek baru berumur 17 tahun dan bakal menghadapi peperiksaan SPM.
 Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, itulah nama sekolah tempat Chek belajar dan bertemu rakan-rakan baru.
 Seribu satu kenangan suka dan duka apabila Chek sampai di sini, perasaannya tidak dapat digambarkan. Cepat masa berlalu, semua sudah banyak berubah dalam arus pembangunan.
 Rumah nombor 29 Jalan Guar Perahu 1 telah disewa oleh keluarga Chek sewaktu menetap di Taman Guar Perahu.
 Taman permainan tempat Chek bermain gitar, beriadah dan lepak dengan kawan-kawan kampung.
 Sungai Kampung Mengkuang Titi tempat Chek mandi-manda bila ada masa terluang selalunya pada hari minggu.
 Paklah ayah angkat Chek, sekarang berumur 69 tahun dan menetap di Baling, Kedah dengan anak-anaknya.
 Perjalanan ke Baling lancar dan tiada kesesakkan lalu-lintas. Berjumpa Paklah dan ahli keluarganya.
 Kampung Mengkuang Titi tetap dihati, banyak penduduk kampung sudah berpindah kerana KTM beli tanah mereka untuk membuat landasan keretapi lebih besar dan lebar serta berelektrik.
 Yusri atau Mat Kopi kawan sepermainan Chek, sudah ada anak 2 isteri beliau orang Kampung Lahar Yooi dan menetap di sana.
 Saberi atau Cheng Beruang kawan sepermainan Chek, baru berumah tangga dengan seorang peguam dan menetap di Kulim, Kedah.
 Bergambar kenangan di tepi landasan keretapi kerana sikit hari lagi kawasan ini akan ditutup dengan pagar batu.
 Gembira rasa hati dapat beraya ke Penang dan jumpa kawan-kawan Chek. Masa sungguh mencemburui kami.
 Setelah puas beraya kami sekeluarga naik feri menuju ke Penang, cuaca kurang baik kerana hujan lebat. Dapat makan rojak pasembor Padang Kota dalam kereta sahaja tidak dapat keluar untuk menikmati suasana Pulau Pinang.
 Semua aktiviti berjalan lancar dan teratur tanpa ada apa-apa halangan, 2 minggu Chek rancang perjalanan agar perjalanan memuaskan tanpa ada kesulitan.
Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan yang berada di Penang, maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

Rabu, 22 Ogos 2012

Beraya

 Raya sampai letih lesu, menziarah sakan ke rumah sanak saudara.
 Makan sup tulang gear box tahap gaban di rumah Tok Teh.
 Semua kekenyangan, alhamdulillah.
 Bunga durian sudah gugur bulan 12 dapat makan durian kalau ada rezeki.
 Sejuk sampai ke tulang, semua pakat-pakat mandi dengan girang.
Beraya lagi sampai lewat malam.

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya 2012/1433Hijrah

 Tidur rumah Tokma sehari sebelum bertolak pulang ke kampung Perak.
 Bertolak seawal 5.30 pagi pada pagi Syawal yang mulia.
 Singgah sarapan pagi dekat Tapah. Pemanduan lancar tanpa sebarang kesesakkan lalu-lintas.
 Selamat tiba ke kampung 10.00 pagi tidak sempat Solat Aidilfitri.
 Beraya sakanlah kami sekeluarga ke rumah sanak saudara yang jauh di mata dan dekat di hati.
Makan lemang sampai senak perut kekenyangan. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Pertengahan Bulan Ramadhan

 Bulan puasa Muhammad Hamka pun berpuasa bermain.
 Mahu keluar ke pasar ramadhan sempat lagi memanjat.
 Bangun tidur terus bermain.
teman Chek main komputer.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum.
Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, harap diampun dengan rasa bersyukur.
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba, jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hariraya.
Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih.
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Dari Mohd Kamal dan keluarga.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Benda

 Beli dekat pasar malam Jalan TAR.
 Beli dekat kedai barang antik Amcord Mall.
 Oma Fatin bagi untuk Muhammad Hamka belajar ambik gambar.
 Muhammad Adam Aryan punya Oma Fatin suruh Chek setup.
 Beli dekat Gaint Meru kedai RM2.
 Sebab terlupa bawa kasut Muhammad Hamka terpaksa beli kasut dekat pasar malam.
 Hadiah daripada Tokma sebab Chek banyak tolong Tokma.
 Hadiah daripada tempat servis kereta.
 Hilang entah kemana melalak Muhammad Hamka mahu hisap puting.
 Kawan Mama bagi hadiah.
 Mainan ini untuk budak perempuan tetapi kawan mama salah belikan, terima sajalah.
Tengok ramai sangat kanak-kanak main mainan ini Muhammad Hamka juga tertarik mahukannya.