Hari minggu yang menyeronokkan, tanpa plan apa-apa kita sekeluarga bertolak ke Port Dikson mahu mandi laut. Mama sibuk pujuk Chek pergi ke pantai mahu tenangkan fikirannya yang tension. Seminggu bekerja tanpa ada masa rehat membuatkan minda mama sudah jadi serabut. Apa lagi mesti keluar berjalanlah jawabnya. Kalau terperap di rumah mahu bingai kepala mama yang sememangnya sudah sarat dengan hal kerja yang tidak habis-habis. Menuju ke PD jalan lancar dan singgah makan di R&R Dengkil sedap masakan di sana harga pun murah dan berpatutan. Sampai ke PD terus ke Tanjung Biru melihat suasana di sana, ramai dengan pengunjung tiada tempat parking kereta semua sudah penuh dan sesak. Di sini memang best tetapi apa boleh buat semua tempat sudah dipenuhi orang ramai. Kami beredar menuju ke Telok Kemang, di sana lagi sesak dengan pengunjung jalan jadi jem. Apa boleh buat sabar jelah sementara mencari tempat parking.
Jauh kami parking tetapi tempat parking kami menarik sebab di bawah pokok yang rendang, jadi kami bantai tidur sejam dua sebelum turun mandi laut. Air pasang besar berarus sikit, memang dalam sampai paras dada baru jarak 5 meter dari pantai. Mama berenang sakanlah jawabnya tanpa hirau orang lain. Muhammad Hamka teruja tuhan sahaja yang tahu, Chek pula sibuk jaga Muhammad Hamka. Seronok, seronok, seronok itulah sahaja gambaran yang dapat kami lafazkan. Mahu datang lagi lain kali, kalau boleh mahu ke Pengkalan Balak pula sikit hari lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan