Adsterra

Ahad, 29 Julai 2012

Parent Hood Expo 2012

 Pergi ke Mid Valley pagi-pagi sebab sudah tahu hari ini kalau lewat pergi ke sana akan berlaku kesesakkan lalu lintas yang amat teruk sekali. Mesti tiada tempat untuk parking kereta kalau keluar lewat dari rumah.
 Ramai ibu-bapa datang untuk membeli barangan untuk baby mereka pada hari ini. Jualan sungguh murah dan berbaloi berbelanja untuk keperluan si manja kita semua.
 Biasalah sesak dengan orang ramai, Muhammad Hamka meragam sikit kerana kurang tidur dan badan dia penat. Mahu turun dari stroller dan mahu berjalan meredah orang ramai.
Dapat 2 belon percuma, pengubat kenakalan Muhammad Hamka dari turun daripada stroller. mahu beli napkin Mamy Poko tapi syarikatnya tiada. Hampa pulak rasanya, ada jenama lain untuk napkin tetapi kurang sesuai dengan keperluan Muhammad Hamka.

Isnin, 23 Julai 2012

Shopping

 Barangan keperluan Muhammad Hamka semua sudah habis, pergi shopping sikit-sikit apa yang patut.
 Sudah lama teringin mahu beli botol susu kaca, kebetulan ada kupon rm 25.00 daripada AEON terus guna.
 Musim The Amazing Spiderman.
Hadiah paling besar untuk Muhammad Hamka. Hehehe.

Sabtu, 21 Julai 2012

Kasut Baru

 Umi Jaja datang meeting di Kuala Lumpur singgah di Klang berjumpa kami sekeluarga dan ajak kami shopping ke AEON Bukit Tinggi.
 Umi Jaja seorang business woman yang sibuk dengan urusan kerjanya. Ada masa terluang dia datang jenguk kami kerana rindu pada  Muhammad Hamka.
 Hantar Umi Jaja ke LCCT untuk naik kapal terbang menuju ke Kuala Terengganu. Muhammad Hamka seronok apabila bertemu dengan Umi Jaja.
Hadiah untuk Hari Raya buat Muhammad Hamka daripada Umi Jaja. Cantik berkilau, Alhamdulillah rezeki daripada umi Jaja. Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi. Hehehehe..

Ahad, 15 Julai 2012

Beriadah di hujung minggu dengan keluarga tercinta. Bagi Muhammad Hamka berlatih berjalan semampu yang boleh. Hari ini genap umur dia 1 tahun sebulan 12 hari.
Muhammad Hamka belajar berjalan bersungguh-sungguh dan tidak menangis apabila terjatuh atau tersandung akar kayu.
Jatuh dan bangun adat apabila berlatih berjalan, Muhammad Hamka berjalan penuh bersemangat.
Nur Umairah Syamina pula sibuk bermain alat permainan yang disediakan.
Semasa kami sampai disini tadi orang belum ramai, jadi kurang sesaklah dengan orang ramai.
Main sampai penat dan puas. Semua dahaga dan lapar, main dulu nanti baru kita semua pergi makan.
Pulang kerumah dan semua bantai tidur sampai petang.

Jumaat, 13 Julai 2012

The Amazing Spiderman

 Pertama kali dalam sejarah hidup Muhammad Hamka tengok wayang cerita The Amazing Spiderman. Layan sakan sampai menjerit-jerit. Seronok sangat-sangat katanya, kami ketawa layan kerenah dia.
 Kebetulan orang tidak ramai tengok dekat Pawagam Lotus Center Points Klang.
 Lupa bawa jeket tangan, telinga dan kaki Muhammad Hamka sejuk bedi macam air batu.

Khamis, 12 Julai 2012

Memanjat

Jangan dilarang atau ditegur biarkan Muhammad Hamka panjat semahunya sebab apabila dilarang atau ditegur dia akan menangis sambil mengamuk sakan suaranya bagaikan halilintar. Aktif dan lasak sekarang anak sulung aku ini, semua benda mahu main dan pantang jumpa barang atau benda mahu masuk dalam mulut. sabar sajalah.

Isnin, 9 Julai 2012

Funfair

 Hari minggu yang sungguh sibuk, ada kenduri-kendara di taman tempat tinggal kami sekeluarga. Bergotong-royong memasang khemah dan menjadi betara (angkat pinggan mangkuk), meriah suasana dengan para tetamu yang hadir tidak putus-putus dari pukul 11.00 pagi sehinggalah ke pukul 5.30 petang.
 Sebelah malam keluar makan dan singgah ke Funfair bersantai di sana sampai lewat malam. Muhammad Hamka riang gembira melihat para pengunjung bermain permainan di sana.
 Masa berlalu tanpa kami sedari kerana terlalu leka berada di funfair. Cuaca sungguh baik malam ini, suasana juga nyaman dan sejuk.
 Keesokkan harinya kami pergi mandi laut tenangkan minda yang sedang kusut dengan hiruk-pikuk kenderaan.
 Bergambar kenangan sebelum turun mandi laut, cuaca panas terik dan air laut surut tetapi berombak besar.
 Menikmati permandangan petang dan berjalan di dalam bazaar jualan sambil window shopping.
 Pulang dari mandi laut kami singgah IOI Mall Puchong, mahu makan malam. Banyak perkara sudah berubah di sana. IOI Mall sudah besar sekali ganda. Lama sungguh kami tidak datang ke Puchong hampir 5 tahun. Jalan raya juga sudah bersimpang siul banyak sangat jalannya, kami jadi pening.
 Mahu main permainan kuda berpusing tidak sempat sebab kejar masa mahu pulang, waktu sudah terlalu lewat.
Kebetulan ada SALE di IOI Mall sakanlah mama shopping baju Muhammad Hamka untuk stock Hari Raya nanti.

Isnin, 2 Julai 2012

Port Dikson

 Hari minggu yang menyeronokkan, tanpa plan apa-apa kita sekeluarga bertolak ke Port Dikson mahu mandi laut. Mama sibuk pujuk Chek pergi ke pantai mahu tenangkan fikirannya yang tension. Seminggu bekerja tanpa ada masa rehat membuatkan minda mama sudah jadi serabut. Apa lagi mesti keluar berjalanlah jawabnya. Kalau terperap di rumah mahu bingai kepala mama yang sememangnya sudah sarat dengan hal kerja yang tidak habis-habis. Menuju ke PD jalan lancar dan singgah makan di R&R Dengkil sedap masakan di sana harga pun murah dan berpatutan. Sampai ke PD terus ke Tanjung Biru melihat suasana di sana, ramai dengan pengunjung tiada tempat parking kereta semua sudah penuh dan sesak. Di sini memang best tetapi apa boleh buat semua tempat sudah dipenuhi orang ramai. Kami beredar menuju ke Telok Kemang, di sana lagi sesak dengan pengunjung jalan jadi jem. Apa boleh buat sabar jelah sementara mencari tempat parking.
Jauh kami parking tetapi tempat parking kami menarik sebab di bawah pokok yang rendang, jadi kami bantai tidur sejam dua sebelum turun mandi laut. Air pasang besar berarus sikit, memang dalam sampai paras dada baru jarak 5 meter dari pantai. Mama berenang sakanlah jawabnya tanpa hirau orang lain. Muhammad Hamka teruja tuhan sahaja yang tahu, Chek pula sibuk jaga Muhammad Hamka. Seronok, seronok, seronok itulah sahaja gambaran yang dapat kami lafazkan. Mahu datang lagi lain kali, kalau boleh mahu ke Pengkalan Balak pula sikit hari lagi.