Adsterra

Isnin, 12 Mac 2012

Pasar Tani Shah Alam

 Menuju ke Shah Alam pergi ke Pasar Tani mahu beli barang dapur.
 Beli kipas untuk diletakkan pada stroller Muhammad Hamka, ini kipas yang ke 3 Chek belikan. Harga kipas ini rm 12.00 termasuk 4 biji beteri, Kalau beli dekat pasaraya harga kipas ini rm 19.90.
 Dari Shah Alam berangkat pula ke Kuala Lumpur pergi beli bahan Rawatan Resdung untuk kegunaan para pesakit Chek. Singgah Jalan Pudu beli kereta control untuk Muhammad Hamka, harga di sini rm 28.00. Harga di pasaraya sungguh berbeza sekali rm 45.00. Mama suruh beli Helikopter control yang bersaiz kecil tetapi harga terlalu mahal mencecah beratus ringgit. Tunggu Muhammad Hamka besar sedikit baru beli.
 Dari Kuala Lumpur pergi makan ke Jaya Jusco Bukit Tinggi dan pulang ke rumah Tokma. Muhammad Hamka leka melihat Chek bermain kereta Control.
Tokma bagi bekas plastik untuk isi semua barang-barang mainan Muhammad Hamka kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan