Sudah berubah wajah Teluk Cempedak sekarang, sudah 12 tahun aku tidak datang ke sini.
Sekarang Teluk Cempedak memang cantik dan indah sekali, sungguh ramai pengunjung datang berkelah di sini.
Gerai makan dan kedai pakaian bederat-deret senang kalau mahu singgah shopping di sini semua ada.
Para penjaja tidak melepaskan peluang berniaga souvenir bermacam benda.
Persekitaran bersih dijaga rapi untuk keselesaan pengunjung.
Tidak dapat diucapkan dengan kata-kata sungguh meriah Teluk Cempedak sempena musin cuti-cuti Malaysia (Thaipusam).
Ramai orang mandi manda dan tidak melepaskan peluang untuk berenang riang.
Jemput makan sushi king, selera sungguh makan di tepi pantai dengan bertemankan angin laut yang bertiup kuat.
Gerai makan yang bersih dan teratur memudahkan pengunjung untuk menjamu selera.
Muhammad Hamka kepenatan terkena bayu laut yang bertiup kencang.
Sesak juga berjalan dekat gerai souvenir.
Tidak dapat tempah keychain nama sebab ramai sangat orang yang sedang menempahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan