Adsterra

Isnin, 20 Februari 2012

Giant Hypermarket Kota Damansara

Giant Hypermarket Kota Damansara.
 Sebelum tiba di Giant Hypermarket Chek dan Mama bawa Muhammad Hamka ke Pelabuhan Klang tengok orang sedang shooting filem KL Gangster 2 dekat yard kontena tempat Abang Mat Cher Keria dan Abang Mat Isa Pak Lang bekerja.
 Makan nasi tengahari di sana Kak Ila isteri Abang Mat Cher Keria yang masak. Tokma dan Ucu Nizam ada turut serta. Mereka bergambar dengan Rosyam Nor, Syamsul Yusuf, Aron Aziz, Adi Putra dan pelakon lainnya.
 Semasa membeli-belah di Giant Hypermarket Muhammad Hamka tertarik tengok kanak-kanak sedang bermain bola, lalu Chek belikan sebiji bola untuknya.
 Sebelum ini pakai Huggies tetapi sejak akhir-akhir ini botot Muhammad Hamka dinaiki ruam, terpaksa tukar kepada Mamy Poko.
Selesai menjamu selera di KFC, kami terserempak dengan Fazura dia kelihatan sungguh cantik menawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan