Adsterra

Selasa, 28 Februari 2012

Kasut

 1 bulan sehingga 8 bulan masih boleh pakai lagi.
 6 bulan sehingga 8 bulan masih boleh guna lagi.
 8 bulan masih belum guna lagi besar.

Pakar Kanak-Kanak

Muhammad Hamka tidur dan meragam suara langsung tidak keluar dari halkumnya.
 Badan semakin panas, kurang aktif dan hanya mahu tidur sahaja. Timbul ruam diseluruh badan.
 Chek suruh Mama call kawan-kawan dia, tanya pasal pakar kanak-kanak yang terbaik dekat Klang ini di mana?
 Tengok muka chek yang penuh kerisauan, tidak tidur malam kami semua menjaga Muhammad Hamka.
 Jumpa pakar kanak-kanak, alhamdulillah semua kahak Muhammad Hamka kena sedut semua sekali dengan diberikan gas untuk mencairkan kahak.
 Kena datang lagi pada sebelah malam jumpa pakar kanak-kanak untuk sebut gas.
 Selesai jumpa doktor Chek bawa Mama makan malam dekat Kampung Jawa.
 Muhammad Hamka muntah 5 hingga 6 kali hari ini, semua kahak yang lama terpendam keluar semua. Batuk pun sudah berkurangan, pernafasan menjadi lancar.
 Masa makam Chek bagi Muhammad Hamka main straw minuman.
 Alhamdulillah syukur pada Allah Muhammad Hamka sudah beransur sihat walafiat.
"Jom kita main kejar-kejar Chek" kata Muhammad Hamka pada Cheknya sambil tergelak riang. hahaha....

Ahad, 26 Februari 2012

Family Muhammad Adam Aryan

 Hari Sabtu family Amie Khai pulang dan family Amie Hazrat tiba.
 Muhammad Adam Aryan takut tengok Muhammad Hamka makan ubat.
 Demam semakin melarat, suhu badan semakin bertambah, risau hati kami sekeluarga.
 Pergi Klinik Nuraini pun tidak ada apa-apa perubahan batuk Muhammad Hamka semakin teruk dengan kandungan kahak yang banyak.
Umie Fatin datang shopping handbeg Gucci rm2500.00 dekat KLIA, lepas itu pergi bercuti ke Genting Highland.

Sabtu, 25 Februari 2012

Demam

 Demam semakin panas, batuk dan berkahak.
 Alhamdulillah Muhammad Hamka kurang meragam.
 Sedih tengok Muhammad Hamka tidak bermaya.
 Amie Khai dan Chek bawa Muhammad Hamka ke Klinik Mediveron, tetapi kurang berkesan demam Muhammad Hamka semakin menjadi-jadi.
Inilah ubat dari Klinik Mediveron.

Jumaat, 24 Februari 2012

Family Marwa Husna

 Baru berkembang mekar setelah 8 bulan chek jaga.
 Amie Khai baru turun dari kapal datang beli sport rim.
 Pandai Marwa Husna bergaya.
 Shopping sakan dan makan besar.
 Kita main dulu.
 Tengah tunggu hidangan sampai.
 Muhammad Hamka ada unsur-unsur demam.
Selsema kesian anakku.

Khamis, 23 Februari 2012

Hadiah

 Alhamdulillah tidak payah beli baru nasib baik barang mainan Nur Umairah Syamina masih dalam keadaan elok yang di jaga rapi.
 Gembira hati chek dan Mama dapat hadiah ini dari Mami Liza.
 Lepas ini bolehlah Muhammad Hamka berlajar berjalan dengan baby walker.
 Belajar berjalan cepat-cepat bulan depan kalau ada rezeki kita sekeluarga mahu ke Pulau Redang makan angin di sana.
 Muhammad Hamka belum boleh duduk di atas permainan ini kerana pinggang dia belum kuat.
Orang paling happy adalah Muhammad Hamka, terima kasih daun keladi Mami Liza dan family.

Rabu, 22 Februari 2012

Berdiri

 Belajar bangun berdiri perlahan-lahan.
 Berani angkat kaki mahu panjat grill.
 Bermain bola sambil mengutip apa-apa benda yang ada atas lantai dan buat masuk mulut.
Dengan selambanya panjat kerusi malas.

Isnin, 20 Februari 2012

Microware

 Masak dia kan dalam microware baru tahu. Ada saja kerjanya mahu bermain.
 Seronok sangatlah tu sampai meleleh air liur semasa panjat microware, Chek dan Mama marah buat-buat tidak endah sahaja.
Amik kau sudah ke atas microware, kalau jatuh nie tak tahulah macam mana.

Giant Hypermarket Kota Damansara

Giant Hypermarket Kota Damansara.
 Sebelum tiba di Giant Hypermarket Chek dan Mama bawa Muhammad Hamka ke Pelabuhan Klang tengok orang sedang shooting filem KL Gangster 2 dekat yard kontena tempat Abang Mat Cher Keria dan Abang Mat Isa Pak Lang bekerja.
 Makan nasi tengahari di sana Kak Ila isteri Abang Mat Cher Keria yang masak. Tokma dan Ucu Nizam ada turut serta. Mereka bergambar dengan Rosyam Nor, Syamsul Yusuf, Aron Aziz, Adi Putra dan pelakon lainnya.
 Semasa membeli-belah di Giant Hypermarket Muhammad Hamka tertarik tengok kanak-kanak sedang bermain bola, lalu Chek belikan sebiji bola untuknya.
 Sebelum ini pakai Huggies tetapi sejak akhir-akhir ini botot Muhammad Hamka dinaiki ruam, terpaksa tukar kepada Mamy Poko.
Selesai menjamu selera di KFC, kami terserempak dengan Fazura dia kelihatan sungguh cantik menawan.