Adsterra

Sabtu, 14 Januari 2012

Pantang Jumpa Barang Masuk Mulut

 Tiba-tiba Muhammad Hamka terbatuk-batuk, aku keliru sebab bunyi batuknya agak lain macam biasa. Rupa-rupanya ini dia seketul gumpalan kapas berada di dalam mulutnya, panik aku sekejap dan terus aku korek dengan jari telunjuk.
 Nasib baik dia tidak telan, kalau telan jawabnya ke klinik terdekatlah aku dan dia hari ini. Macam-macam hal sekarang, sudah pandai kutip benda-benda asing buat masuk mulut.
 Kipas kotak dapat semasa pergi expo binatang peliharaan, Muhammad Hamka gigit punya gigit habis keluar kertas dan dikunyahnya buat macam makanan.
Menjerit aku dibuatnya, ada-ada saja kerja mahu mengunyahnya. Pantang leka sikit letak barang merata-rata terus dikutipnya buat makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan