Marwa Husna datang melawat Muhammad Hamka sekeluarga. Marwa sudah pandai bertutur tetapi masih pelak kata-katanya.
Bawa Umi Yati ke Jaya jusco Bukit Tinggi, Ami Khai mahu shopping.
Singgah makan di restoran Kenny's Roger. Tokma ikut sama.
Ami Khai semakin temban macam belon, senang hati duit banyak.
Makan malam sekeluarga, syukur dengan rezeki daripada Allah ini, terima kasih.
Sedap mata memandang sedap lagi tekak yang menelannya.
Sempena sambutan Perayaan Hari Depavali bagi masyarakat yang beragama Hindu.
Keluarga yang sungguh ceria dan bahagia, semoga Allah panjangkan umur mereka dan sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah. Amin
Tokma dengan koleksi pokok keladinya, "jangan petik Tokma, jangan petik".
Kolam ikan di satu sudut dalam Jaya Jusco tempat kami berehat melepaskan penat.
Orang Terengganu kata..."sampai cerah ambik gambar".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan