Adsterra

Jumaat, 30 September 2011

Mini Cooper S

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah 2 bulan aku tidak update blog ini, bukan malas tapi tiada idea dan masa lapang. Sibuk sikit sejak bergelar ayah sekarang ini. Hari ini, keluarga dari Terengganu datang ajak pergi beli kereta dekat used car Pasaraya Giant Klang. Kebetulan aku lapang hari ini, jadi langkah panjanglah sikit.
Dari jauh kilauan kereta Mini Cooper S bersinar-sinar mengamit kedatangan aku dan keluarga dari Terengganu. MasyaAllah cantiknya, lawanya, hebatnya dan tidak terkata. Jumpa Saleman borak-borak kosong dalam 15 minit tanpa banyak songgeh terus sahaja beli kereta Mini Cooper S itu. Harganya bukan main-main, memang aku tidak layak untuk pakai kereta ini. Interest Bank 3.6%, kasar betul loan daripada Public Bank.
Serba canggih dan Japan Spec, bukan main lagi bergaya kereta ini. Enjin supercharger, memang banggalah kalau aku dapat miliki kereta ini. Angan-angan sahajalah, tidak tahu bila boleh beli dengan kerja mengurut aku ini. Hahahaha.
Bukannya mimpi Mini Cooper S parking dalam garaj rumah aku, mudah-mudahan Mini Cooper S sendiri pulak yang akan parking dalam garaj rumah aku suatu hari nanti. Amin.

Rabu, 28 September 2011

Lepak Rumah Tokma.

 Hantar mama ke tempat kerja.
 Chek tinggal Muhammad Hamka di rumah Tokma sebab Chek pergi bayar bil-bil rumah kita dan rumah Tokma.
 Kena pakai bip sebab ada kebocoran di sisi mulut Muhammad Hamka.
 Tanda daripada tikar sebab Muhammad Hamka meniarap terlalu extrem dan kepalanya terhantuk tinggalah kesan di sisi dahinya, sambil meraug sekuat yang boleh.
Tengok catoon sambil ketawa seorang diri. Entah apa yang seronok pun Chek tidak tahu.

Isnin, 26 September 2011

KLCC

 Pergi Jalan Pasar Pudu beli barang keperluan Chek, sambil itu cuba baby carrier.
 Senyap Muhammad Hamka tidur sebab dapat hembusan angin daripada kipas di sisis bahu Chek.
 Mama ajak makan dekat KLCC.
 Jumpa artis terkenal tanah air Lisa Suriani dan ibunya.
 Ada pameran kereta mewah.
 Sedap sangat sampai berebut Chek dan mama.
 Licin kami kerjakan.
 Mama mahu suap pada Muhammad Hamka tapi Chek tidak benarkan.
 Tengok baju baby di butik, boleh tahan harganya.
Tidur kerana kepenatan berjalan seharian.

Ahad, 25 September 2011

Sudah Pandai Mengesut

 Tengoklah betapa bertuahnya Muhammad Hamka duduk di bawah playpen, dia sudah pandai mengesut.
Chek tarik mahu buat keluar dia tidak mahu, seronok duduk bawah playpen. Sebenarnya masa mandi pagi.

Selasa, 20 September 2011

Belajar Meniarap

 Pertama kali mahu belajar meniarap tapi tidak lepas.
Masih mencuba pada hari ke 2 juga belum pandai meniarap.
 Hari ke 3 terlepas meniarap ke sudut playpen.
 Hari berikutnya sudah mula kerap meniarap dan pandai hisap jari tangan sambil meniarap.
 Sambil meniarap sambil hantuk kepala ke lantai.
 Mana sempat boleh meniarap Muhammad Hamka akan meniarap sepantasnya.
Kalau lepas menyusu apabila Muhammad Hamka meniarap dia akan muntah susu, walaupun sudah sedawakannya.

Isnin, 12 September 2011

Hadiah Daripada Jiran Tetangga

 Hadiah daripada Abang Azmi dan keluarga.
 Hadiah daripada Abang Faizal sekeluarga.
 Mama bawa pergi beraya.
 Singgah rumah Tokma sekejap.
Mahu pergi beraya ke Kuala Lumpur rumah Toki di Taman Sri Rampai Setapak.

Beraya Ke Kuala Lumpur

Pergi beraya ke Setapak rumah Toki, tetapi Toki tiada di rumah balik ke kampung Terengganu. Pergi ke rumah Atuk di Kota Damansara. Pergi ke Taman Jasa Batu Caves rumah Tok Chik Sofi jumpa Tokwan Latifah, Untie Nurul n Uncle Faiz.

Khamis, 8 September 2011

Mid Valley

 Bawa Muhammad Hamka ronda ke Mid Valley.
 Jemput minum semua.
 Mama semakin comel lote.
 Beli kipas.
 Beli puting.
Beli pampers, sabun basuh baju, susu mama, dan tisu basah.

Selasa, 6 September 2011

Klinik Kali Ke 3

Semalam kereta jem tengah highway antara Tapah dan Bidor, satu pengalaman yang cukup takut. Maklumlah Muhammad Hamka masih kecil, lagipun di tepi highway yang kenderaannya semua laju-laju belaka.
 Temujanji kali ke 3 Muhammad Hamka di klinik Meru.
 Terlewat datang, orang sudah berpusu-pusu beratur.
 Giliran Muhammad Hamka nombor ke 20.
Ada nurse dari kolej swastar sedang praktikal.