Assalamualaikum w.b.t.
Sudah 2 bulan aku tidak update blog ini, bukan malas tapi tiada idea dan masa lapang. Sibuk sikit sejak bergelar ayah sekarang ini. Hari ini, keluarga dari Terengganu datang ajak pergi beli kereta dekat used car Pasaraya Giant Klang. Kebetulan aku lapang hari ini, jadi langkah panjanglah sikit.
Dari jauh kilauan kereta Mini Cooper S bersinar-sinar mengamit kedatangan aku dan keluarga dari Terengganu. MasyaAllah cantiknya, lawanya, hebatnya dan tidak terkata. Jumpa Saleman borak-borak kosong dalam 15 minit tanpa banyak songgeh terus sahaja beli kereta Mini Cooper S itu. Harganya bukan main-main, memang aku tidak layak untuk pakai kereta ini. Interest Bank 3.6%, kasar betul loan daripada Public Bank.
Serba canggih dan Japan Spec, bukan main lagi bergaya kereta ini. Enjin supercharger, memang banggalah kalau aku dapat miliki kereta ini. Angan-angan sahajalah, tidak tahu bila boleh beli dengan kerja mengurut aku ini. Hahahaha.
Bukannya mimpi Mini Cooper S parking dalam garaj rumah aku, mudah-mudahan Mini Cooper S sendiri pulak yang akan parking dalam garaj rumah aku suatu hari nanti. Amin.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan