
Bonet depan tukar baru, intercooler pun tukar baru. Masa aku sampai tukang tengah gosok fender depan sebelah pemandu.

Bumper tukar baru, lampu pun tukar baru dan paip aircond tukar baru. Tukang terang apa yang patut pada aku satu-satu, aku pun bukan tahu sangat pasal kereta. Tahu naik dan cukup 5000 mileage aku akan bawa kereta pergi servis di Bengkel Proton habis cerita.

Semua besi utama di tarik dan di ketuk supaya sama dengan body utama. Aircond tidak rosak dan berfungsi dengan baik, enjin juga dalam keadaan yang baik. Tidak tahu bila akan siap, rasa-rasa sebulan lebih lagi. Kalau siap cepat lagi bagus sebab isteri aku sudah dekat sangat mahu bersalin, susah juga takde kereta. Terbantut semua kerja, asyik pinjam kereta mama dan adik sahaja. Kesian dia orang, aku dan isteri sudah menyusahkan mereka.
"Ya Allah selamatkanlah aku dan isteri semasa memandu kereta ini, dan jauhilah kami dari kemalangan jalanraya. Amin"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan