Adsterra
Selasa, 31 Mei 2011
Jumaat, 20 Mei 2011
Kereta Wira Aeroback 1.5 S.E
Alhamdulillah, semua kerja sudah beres hari ini. Pagi-pagi lagi aku sudah pergi ke HTAR bawa isteri scan kandungan, syukur kandungan normal dan tidak ada apa-apa masalah. Pulang dari Meru singgah sekejap di Bengkel Hikmat Selesa tengok kereta yang katanya sedang dibaiki dan dibaik pulih. Seronok rasanya kereta sudah dibaiki tetapi masih belum siap baru 40% kerja yang sedang dijalankan.

Bonet depan tukar baru, intercooler pun tukar baru. Masa aku sampai tukang tengah gosok fender depan sebelah pemandu.

Bumper tukar baru, lampu pun tukar baru dan paip aircond tukar baru. Tukang terang apa yang patut pada aku satu-satu, aku pun bukan tahu sangat pasal kereta. Tahu naik dan cukup 5000 mileage aku akan bawa kereta pergi servis di Bengkel Proton habis cerita.

Semua besi utama di tarik dan di ketuk supaya sama dengan body utama. Aircond tidak rosak dan berfungsi dengan baik, enjin juga dalam keadaan yang baik. Tidak tahu bila akan siap, rasa-rasa sebulan lebih lagi. Kalau siap cepat lagi bagus sebab isteri aku sudah dekat sangat mahu bersalin, susah juga takde kereta. Terbantut semua kerja, asyik pinjam kereta mama dan adik sahaja. Kesian dia orang, aku dan isteri sudah menyusahkan mereka.
"Ya Allah selamatkanlah aku dan isteri semasa memandu kereta ini, dan jauhilah kami dari kemalangan jalanraya. Amin"

Ahad, 15 Mei 2011
Sahabat
Kepada,
Chef Azmi,
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang berkilau.
Sahabat yang setia bagai menjadi pendorong impian.
Sahabat yang berhati mulia membawa kita kejalan Allah S.W.T.
Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan jua manis bicara di bibir.
Tetapi pada ingatan sesorang terhadap saudaranya di dalam doanya.

Selasa, 10 Mei 2011
Kemalangan
Pengaduan Polis (Trafik)
183201 - Klang Utara
Tarikh Pengaduan - 10/05/2011 Masa Pengaduan - 10:13 No. Pengaduan - K003140/2011

Pengadu Kata:
Pada 10/05/2011 jam lebih kurang 08:25 pagi, saya memandu motokar BJG ???? dari Shell Batu 3 Jalan Kapar ke Meru.

Pada ketika itu, apabila saya sampai di lampu isyarat persimpangan jalan masuk ke Lebuh Selat Klang Utara Jalan Kapar, masa itu jalan sesak dan kenderaan bergerak perlahan oleh kerana terlalu hampir saya telah terlanggar motorkar WGH ???? yang berada di hadapan saya.

Motokar saya mengalami kerosakan lampu besar hadapan pecah, bonet hadapan kemek, bumper hadapan bengkok, besi penghadang hadapan bengkok dan lain-lain kerosakan yang saya tidak pasti.

Butiran Pengadu Bagi Pengaduan Ini:
Nama Pengadu : My Wife
Alamat Pengadu : Rumahku Syurgaku

No. Lesen Memandu/Tarikh Tamat : BL ?/07/09/2011
No. Cukai Jalan/Tarikh Tamat : ?
Kod/Nombor Insurans/Tarikh Tamat : ?
"Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku dari kemalangan jalan raya.....Amin."

- No K/P : 012345678910
- Jantina : Perempuan
- Kerja : Kilang
- Umur : Muda Macam Umur 18 Tahun Tapi Macam Nak Jadi Mak-Mak Dah
- Bangsa : Melayu
- Warganegara : Malaysia
- Kelas Lesen : D
- Pengalaman Memandu : 5 Tahun

No. Lesen Memandu/Tarikh Tamat : BL ?/07/09/2011
No. Cukai Jalan/Tarikh Tamat : ?
Kod/Nombor Insurans/Tarikh Tamat : ?
"Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku dari kemalangan jalan raya.....Amin."
Selasa, 3 Mei 2011
Lauk Istimewa
Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Omar blogger terkenal http://tokchiksincan.blogspot.com
Kerana memberi lauk pauk yang cukup sedap dan menyelerakan sekali, berebut makan dengan my wife. Pandai betul beliau memasak, memang sedap sangat.
Langgan:
Catatan (Atom)