Hantar mama pergi ke hospital operation kali ke 2.
Sedang menunggu mama daftar nama di kaunter. Ada tiga orang pesakit sama kes dengan mama yang akan menjalankan operation pagi ini serentak.

Sedang ambil tekanan darah. Kali pertama dulu tekanan darah mama naik mendadak sebab perasaan takut menghantui diri. Sekarang tekanan darah normal sebab mama dalam keadaan tenang.
Di dalam bilik persalinan, semua pakaian kena buka termasuk barang kemas.


Kena sewa kerusi roda, sebab selepas operation mama tidak dibenarkan berjalan selama-lamanya. Opst.... beberapa hari sahaja.


Di dalam bilik operation, sedang tunggu giliran untuk di bedah.


Mama tidak akan menangis, sebab mama sudah biasa kena bedah.

Jangan tengok kalau anda lemah semangat sebab darah akan keluar memancut-mancut nanti.


Sudah keluar 'ALIEN' daripada kaki mama, tengok kesan jahitan. Macam jahit dengan mesin jahitkan. Eeeeee seriau.

Mama tersenyum lebar dan bangga dengan pembedahan yang dijalankan. Apa-apa hal tangkap gambar dulu buat kenang-kenangan, sikit hari lagi sudah mahu pencen. Rancangan mama apabila sembuh nanti mahu pergi ke Nilai 3 shopping sakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan