Adsterra

Selasa, 26 April 2011

Buku Untuk Anakku

Koleksi buku yang pertama sebelum kehadiran anakku, mudah-mudahan bila besar nanti anakku ini minat membaca.
Buku pertama adalah buku rekod untuk Klinik Kesihatan Desa, sepatutnya warna pink tetapi kertas A4 sahaja. Maklumlah stok sudah habis.
Buku kedua hadiah daripada Chek, untuk Mama luahkan apa yang Mama rasa semasa mengandung.
 Buku ketiga ini merata tempat Chek dan Mama cari sebab kehabisan stok, naik turun pasaraya dibuatnya. Mama sampai semput last-last dapat beli dekat Shah Alam SACC Mall.
Buku keempat pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang berikan, katanya apabila jumpa Doktor kena bawa sekali.
Buku kelima pinjam daripada Kak Amy, mahu cari nama anak yang baik-baik.

Rabu, 20 April 2011

Operation

Hantar mama pergi ke hospital operation kali ke 2.

Sedang menunggu mama daftar nama di kaunter. Ada tiga orang pesakit sama kes dengan mama yang akan menjalankan operation pagi ini serentak.

Sedang ambil tekanan darah. Kali pertama dulu tekanan darah mama naik mendadak sebab perasaan takut menghantui diri. Sekarang tekanan darah normal sebab mama dalam keadaan tenang.

Di dalam bilik persalinan, semua pakaian kena buka termasuk barang kemas.

Kena sewa kerusi roda, sebab selepas operation mama tidak dibenarkan berjalan selama-lamanya. Opst.... beberapa hari sahaja.

Di dalam bilik operation, sedang tunggu giliran untuk di bedah.

Mama tidak akan menangis, sebab mama sudah biasa kena bedah.

Jangan tengok kalau anda lemah semangat sebab darah akan keluar memancut-mancut nanti.

Sudah keluar 'ALIEN' daripada kaki mama, tengok kesan jahitan. Macam jahit dengan mesin jahitkan. Eeeeee seriau.

Mama tersenyum lebar dan bangga dengan pembedahan yang dijalankan. Apa-apa hal tangkap gambar dulu buat kenang-kenangan, sikit hari lagi sudah mahu pencen. Rancangan mama apabila sembuh nanti mahu pergi ke Nilai 3 shopping sakan.