
Adsterra
Jumaat, 29 Oktober 2010
Scan Baby

Selasa, 26 Oktober 2010
Kuala Selangor
Masya Allah punyalah payah mahu cari barang-barang semua itu, tuhan saja yang tahu betapa susahnya. Nasib baiklah aku ada kawan 3,4 orang dekat sana, mereka cuba usahakan mencari barang-barang yang aku mahu itu.
Lain yang aku cari lain yang aku dapat, terima kasih kepada Tuan Shahrom kerana memberi sebilah badik, keris tulang ikan pari dan 3 batang akar kayu tongkat ali kepada aku. Jasa dan baik tuan amat aku hargai, tapi badik dan keris tulang ikan pari yang tuan bagi itu sudah aku buang ke dalam sungai Klang. Takut aku mahu menjaganya, banyak sangat dugaan yang datang bertandang dalam mimpi aku malam-malam.
Aku memang tidak sesuai untuk menjaga barang pusaka yang lama-lama, tidak serasi. Badan aku jadi panas pijar dan berbahang. Lagipun tuan sendiri tidak sanggup untuk menjaganya, apa entah lagi aku untuk menjaganya yang daif dengan segala ilmu ini.
Kepada Tuan Ahmad sekiranya membaca tulisan aku ini, ribuan terima kasih kerana sudi menjadi pembekal minyak lintah kepada aku. Product yang tuan hasilkan memang TIP-TOP, terbaik di antara yang terbaik. Kalau boleh aku mahu lagi stok baru dalam 20 botol. Itupun kalau adalah, kalau takde bagi jelah banyak mana yang ada.
Kepada Abang Jeffrydin terima kasih kerana ajak aku memancing di Pantai Jeram, banyak sangat ikan sembilang yang abang bagi. Sampai tidak termakan, aku bagi pada jiran-jiran sebab banyak sangat tidak tahu mahu masak apa. Lain kali aku mahu tumpang lagi pergi memancing, seronok naik sampan.


Kepada Sajen Zamri, terima kasih kerana memberi sumbangan tenaga, nasihat dan bersusah payah meredah hujan lebat semasa peristiwa dekat Pantai Remis tempoh hari. Budi baik tuan sampai mati aku tidak akan lupa. Kalau tiada tuan entah macam manalah aku mahu selesaikan masalah itu. Tabik tuan, tuan memang pakar dalam menjalankan tugas.


Pergi ke Jeram singgah kesawah padi cari air simpang 4, ada orang minta untuk buat mandi buang ilmu yang tidak berguna. Jenuh juga mencari, hampir-hampir aku terhumbang ke dalam parit. Singgah solat di surau batu 13 1/2, bersih halaman surau dan cantik permandangan sawah di belakang halaman. Sejuk mata memandang walaupun cuaca panas terik.


Singgah makan dekat Tangjung Karang, entah apa nama ntah restoran itu? Banyaknya lauk-pauk pening kepala mahu pilih yang betul-betul berkenang di hati, sebab semuanya menarik dan menyelerakan. Hebat betul restoran itu, dapat menyediakan aneka menu masakan tengahari. Memang sedap dan murah, pilihlah mahu makan apa. Harga memang berpatutan. Lain kali boleh datang lagi. Menyesal tak ambil gambar untuk promosi restoran itu. Tuan kedai dan para pelayan semuanya baik-baik belaka, ramah-tamah.