Adsterra

Rabu, 23 Jun 2010

Selamat Tinggal Permis M.A.I.S



Mahu pindah rumah baru.


Macam tongkang pecah, sebab berkemas.

Sebahagian daripada harta dunia yang akan menyusahkan aku kelak apabila mati nanti.

Sudah 7 bulan aku dan isteri menetap di sini. Alangkah tenang dan damainya Taman Desa Fahmi. Berat kaki untuk keluar dari rumah ini. Jiran-jiran semua baik hati, mereka suka mengambil berat di antara satu sama yang lain.
Selama 7 bulan penghuni di sini ditemani beruk-beruk yang ganas, suka punggah tong sampah kami. Nasib baiklah kami rajin bergotong-royong untuk mengeratkan silaturohim di antara kami. Sambil bergotong -royong kami suka bergosip pasal artis Malaywood, Bollywood, Indowood dan Hollywood.
Ahli mesyuarat tingkap lebih kepada penghuni wanita, khi khi khi. Penghuni lelaki lebih kepada ahli mesyuarat pintu.

Selamat tinggal kawan-kawan yang budiman dan baik hati, jemput datang ke rumah baru aku. Call dulu nak datang, nanti aku suruh bini aku masak best-best. Especially Nasi Ayam dan cucur udang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan