Adsterra

Khamis, 3 Disember 2009

Kemasik Banjir 3 Disember 2009

 

Assalamualaikum, hari ini berpeluang lihat banjir besar berlaku di Kampung Baru Kemasik. Semoga Allah permudahkan segala urusan hamba-hambanya yang dalam kesusahan, amin.

Rasa terkejut dan teruja sebab lihat keadaan banjir yang hampir melumpuhkan segala aktiviti seharian penduduk dan kengalami kerugian kerosakan harta benda.

Terserempak dengan keluarga Ayahsu Hamzah dan Ciksu Nor, mereka datang lihat keadaan banjir yang berlaku.

Banjir boleh berlaku di kawasan rata atau rendah ketika kadar air dibekalkan oleh hujan dan air laut pasang besar lebih tinggi daripada kadar pengeringan. 

Lebihan air akan terkumpul di suatu tempat dan kadang-kadang boleh mencecah kedalaman berbahaya.

Tanah permukaan boleh menjadi tepu dengan air yang menghentikan penyusupan air dengan berkesan. Penyusupan juga lambat di kawasan tanah beku, batu, konkrit, kawasan berturap atau berbumbung. 

Banjir kawasan bermula di kawasan rata seperti dataran banjir dan di kawasan depresi tempatan yang tidak tersambung ke saluran aliran kerana halaju aliran darat bergantung pada cerun permukaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan