Adsterra
Ahad, 18 September 2022
Khamis, 15 September 2022
Panitia Muzik sekolah sempena bulan kebangsaan 2022
Assalamualaikum, hari ini ada satu perkara yang menarik di sekolah saya.
Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama Sekitar pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik Tahap 2. Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Muzik sekolah sempena bulan kebangsaan 2022.
Program Bulan Kebangsaan 2022 merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Negara bersama Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Seni Visual dengan kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah.
Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos. Program ini dilaksanakan dengan matlamat bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid sekolah dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan.
Menanam sikap cinta kepada negara. Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri Memberi keyakinan dan mengasah bakat murid untuk mereka cipta.
Mewujudkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
Murid-murid bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
Kebanyakan sekolah sudah memulakan pertandingan nyanyian lagu patriotik antara kelas.
Kriteria permarkahan dalam pertandingan ini termasuklah pilihan lagu patriotik, kelancaran penyampaian persembahan, pakaian bertemakan kemerdekaan dan sebagainya.
Pasti setiap tahun akan diadakan Panita Muzik di semua sekolah dan ia memdapat sambutan yang cukup meriah sekali.
Syukur, Alhamdulillah persembahan kami mendapat tempat pertama dan menang trofi dengan nyanyian lagu "Saya Anak Malaysia".
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar membuat persembahan yang sangat menarik dan bersemangat.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
Pada 31 Ogos 1957
Langgan:
Catatan (Atom)