Sebelum pergi tuisyen Chek cek gigi Muhammad Hamka, terkejut apabila gigi Muhammad Hamka sudah tumbuh dan berlapis dua. Mulalah Chek dan Mama mengelabah sebab takut gigi Muhammad Hamka tidak cantik bila lambat buang gigi lama tersebut.
Puas pujuk rayu supaya Muhammad Hamka sudi buang giginya. Macam-macam kata positif untuk menaikkan semangat untuk dia berani cabut gigi.
Ada jugak bunyi suara sumbang mahu menangis tapi Chek tidak layan sangat perasaan Muhammad Hamka. Biarkan dia sendiri dalam dilema.
Masa menunggu banyak dugaan sebab ada budak-budak selepas berjumpa doktor keluar menangis dan melalak. Terlihat kerisauan di wajah Muhammad Hamka dan Chek pujuk dia dengan sejuta hemah.
Tidak sampai 1/2 jam pun, selesai sudah cabut gigi. Air mata mengalir jugak akhirnya tapi tidak sampai menangis melalak macm budak-budak lain.
Tadaaaa inilah hasilnya hari ini. Kelakarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan