Adsterra

Jumaat, 24 Jun 2016

Buat Anakku...

*Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,_
_Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit._
_Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku._

😔 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,_
*"mak pekak ke?",*
*"mak bisu ke? "*
*"tak dengar ker??"..*

_Aku minta maaf anakku._
_Aku semakin_ *MENUA...*

😟 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,_
_Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,_
_Semua itu adalah sebahagian dari proses_ *MENUA.*
_Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua._

😣 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,_
_Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku._
_Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi._
_Badan aku lemah._
_Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri._
_Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil._

😷 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku._

😭 *Anakku....*
_Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,_ _Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian._
_Jangan cemas._  
_Jangan menangis._
_Hadapi dengan redha._
_Aku berjanji pada kamu._
_Bila aku bertemu_ *Allah.*
_Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku._

_Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...._

_Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku..._
_Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.._

🔴 *Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...*

*RENUNG2 KAN LAH......*
*SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH*

Selasa, 21 Jun 2016

Kawan Tadika Fitrah Cemerlang

 NAUFAL
 SYAWAL
 OMAR DAN ???
 ZAYAT
 OMAR
 HAKIM

 KASIH
 NAKIQ
 ADAM
 AMANI
 DAMIA
 MUHAMMAD HAMKA




 NAUFAL
 ADAM
 HAKIM
 HAPPY BIRTHDAY

Rabu, 15 Jun 2016

Makan

Jemput makan.
Emmm sedap kan ais krem ni.
Waaa muka takleh blah.

Isnin, 6 Jun 2016

Shah Alam

Malam yang indah kami pergi beriadah ke Bandar Shah Alam.
Main roller blade sampai puas.
Makan KFC Mama belanja.
Santai di waktu bulan mengambang.
Mahu pergi solat.
Tuision kejap.
Balik sekolah.

Ahad, 5 Jun 2016

Makan Malam Setia City Mall

Katanya kapal layar dan mereka tengah memancing ikan.

Makan malam dengan Tokma.

Selfie sikit buat kenang-kenangan.

Selfie lagi dengan Tokma pulak.

Banyak sangat ultraman Muhammad Hamka...

Muhammad Hamka mahu bertukar jadi ultraman.

Indah Rania ada jugak. Asyik mahu dukung sahaja.

Kuasa ultraman 33 bertukar jadi kura-kura.

Naik lori pulak tadi main ultraman.

Naik bedulzer pulak.