Adsterra

Khamis, 11 Februari 2016

Bandar Lumut

 Balik dari Pantai Teluk batik kami ronda Bandar Lumut.
 Pergi makan malam di tempat yang menarik dan bagus.
 Muhammad Hamka tertidur kepenatan di Restoran Domino pizza.
Makan malam romantik sekeluarga.
 Tempat ini memang sampoi dan glamer.
 Sambil tunggu makanan kami selfie banyak-banyak
 tiba masa makan kami makan sampai licin.
 Lazatkan menu kami malam ini.
 Syukur kepada Allah keran kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah.
 malam yang indah untuk dikenang sampai bila-bila.
Lihatlah mama yang comel ini.
Macam bosan menanti makanan yang lambat sampai ke meja kami.

Pantai Teluk Batik,Lumut Perak

 5 minit sahaja ke Lumut, Manjung, Setiawan. Berdekatan dengan Marina Waterpark Lumut Waterfront, Pulau Pangkor, Teluk Senangin, (pusat pelancongan). 
 Terletak berhampiran pintu masuk (2) Pangkalan TLDM Lumut dan Marina Island. Hanya 5 minit perjalanan untuk sampai ke Pantai Perkelahan Teluk Batik yang sangat terkenal. Untuk ke Lumut dan Jeti Pulau Pangkor hanya 4 km.
 Pelbagai kemudahan menjamu selera boleh diperolehi dengan mengunjungi restoran-restoran berdekatan banyak pilihan makanan yang menarik.
 Tempat yang bersih, pasir mutiara dan kawasan sekeliling bukit-bukau dan hutan amat sesuai untuk dijadikan tempat percutian.
Ia merupakan salah satu tempat yang menarik di Perak. Kawasan ini akan sesak dengan orang ramai pada musim cuti sekolah. Kalau datang berkunjung kesini pada hari biasa, kawasan ini agak sunyi dari pengunjung.

Rabu, 10 Februari 2016

Bercuti di Teluk Senangin Lumut Perak

 Kami keluar menuju ke Lumut Perak seawal jam 7:00 pagi. Perjalanan lancar dan suasana pagi sungguh indah cuaca sangat baik sekali.
 Kami selamat tiba pada pukul 9:30 pagi. Pantai Teluk Senangin Lumut Perak memang menarik dan cantik. Ramai pelancong datang berkelah ke sini.
 Cuaca memang panas terik, rasa bahan hangat memang tidak boleh tahan. Kami tidak bawa khemah atau tempat berlindung. Kami hanya berteduh di bawah pokok yang rendang sahaja.
 Lepas bersantai di pantai kami menuju ke Pekan Lumut mahu sewa hotel. Alhamdulillah kami dapat bermalam di Hotel SE dekat Bandar Lumut. 
 Kami singgah shopping barang kering seafood.
Memang seronok berkunjung ke sini.
 Kami boleh melihat Pulau Pangkor yang jauh di tengah lautan.
 Deretan pokok-poko rhu ditepi pantai pula menambah keindahan disini.
 Banyak aktiviti-aktiviti menarik dapat dilakukan disini seperti memancing ketam dan tempat ini memang popular dengan ketam.
Kalau berminat boleh ambik pakej bercuti disini harga berpatutan dan makanan yang disediakan enak sekali.