Jadual waktu hari bersekolah Muhammad Hamka. Seawal jam 7:00 pagi Muhammad Hamka akan dikejutkan dari bangun tidur. Akan ada drama di situ kalau semalam tidur lewat sangat.
Mamai-mamai lepak depan dan tidur sekejap dalam masa 10 minit. Bangun dan terus masuk ke bilik mandi untuk mandi. Kalau hari tidak hujan Muhammad Hamka akan mandi air sejuk. Manakala kalau hari hujan barulah Chek akan sediakan air panas 2 baldi untuk Muhammad Hamka mandi pagi. Air yang terlalu sejuk membuatkan Muhammad Hamka menangis dan menjerit bising.
Selesai mandi Chek akan gosok uniform Muhammad Hamka dan tolong dia pakaikan uniform sekolahnya. Siap berbedak bagai dari hujung rambut sampai hujung kaki. Biar nampak segak dan bergaya, maklumlah anak seorang.
Tepat jam 7:45 pagi Chek bergegas hantar Muhammad Hamka kesekolah ditemani Mama. Tiba di sekolah Muhammad Hamka akan disambut oleh kawan-kawan sekelas dan Mualimah serta Abang Muaz. Sebelum mula kelas atau masuk kelas kena baca doa dahulu.
Habis waktu sekolah tepat jam 12:30 tengahari, Siap mengaji Iqra. Balik sekolah Chek akan singgah beli makanan untuk Muhammad Hamka makan apabila pulang ke rumah nanti. Tiba di rumah Muhammad Hamka akan basuh kaki dan tangan serta sejukkan badan, kemudian Chek akan suapkan makan tengahari. Apabila kenyang Chek biar Muhammad Hamka bermain seketika untuk proses pencernaan makanan.
Penat bermain hampir 1 jam berikutnya Chek akan mandikan Muhammad Hamka dan sediakan sebotol susu panas untuk dia tidur petang sebentar. Bangun daripada tidur petang Muhammad Hamka akan tengok tv atau tablet sekejap dan selepas itu keluar bermain basikal sampai Mama balik dari kerja.
Kalau hari Jumaat apabila Muhammad hamka balik dari sekolah Chek mahu pergi solat Jumaat pada hari itu. Muhammad Hamka akan di hantar ke rumah pengasuh yang bernama Umie Sharifah sementara Chek pergi ke Masjid.