Adsterra

Isnin, 12 Januari 2015

Walimatul Urus Rosli Dan Norliza

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 Dengan izin allah S.W.T dan penuh kesyukuran kami...
 Norliza Binti Zamri & Rosli Bin Hj Jaji
Menjemput Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekeluarga untuk menyerikan lagi majlis raja sehari kami.
 Tarikh : 11/1/2015 (Ahad)
Masa : 11 pagi hingga 5 petang
 Alamat : No 5 jalan sungai keramat 7A, taman klang utama, 42100, klang, selangor.
 Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu anda semua dapat memeriahkan lagi majlis ini dan di berkati Allah S.W.T
Wassalam..
Sekian Terima Kasih...

Isnin, 5 Januari 2015

Tadika

 Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. alhamdulillah hari ini Muhammad Hamka daftar tadika.
 Jadual setahun tadika Muhammad Hamka.
 Upah untuk buat baju sepasang RM35.00 tapi kami buat 2 pasang. Yuran sekolah termasuk buku dan alat tulis RM400. Yuran bulanan termasuk mengaji RM125.00.
 Hanya 16 orang murid sahaja yang bersekolah di sini semuanya campur.
Anak Abang Zubir dan Kak Yani bersekolah juga di sini iaitu Najwa.

Sabtu, 3 Januari 2015

Berkhemah Telok Kemang

 Muhammad Hamka teringin mahu mandi laut, sudah lama kami sekeluarga tidak mandi laut.
 Perjalanan ke Port Dikson tanpa di sangka-sangka, kemas pakaian dan terus keluar rumah tanpa ada apa-apa rancangan dan kelengkapan yang rapi. Kami datang ke Telok Kemang berkhemah 1 malam.
 Ingatkan kami sekeluarga sahaja berkhemah di sini, rupa-rupanya ramai yang turut serta berkhemah dan bermalam di sini sambil membawa keluarga yang besar.
 Indah dan tenang kami sekeluarga rasa sungguh damai sekali berada di sini. Demam Muhammad Hamka sudah kebah.
Lihatlah anak ketam sedang mencari makanan ketika air laut surut sungguh comel sekali.