Adsterra

Ahad, 31 Ogos 2014

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah

 Sehari belum Malaysia menyambut hari merdeka yang ke 57, kami sekeluarga pergi ke Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai 35600, Perak. Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah dilindungi oleh ketenangan hutan subur menghijau, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih. Dengan keluasan 6.5 hektar, anda boleh menikmati pemandangan indah ladang kelapa sawit dan dusun durian, sambil bersantai di kawasan ini.
Untuk datang ke sini cuma mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dari ibu kota. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat. Kena beratur panjang untuk beli tiket pengunjung terlalu ramai dari Filipina berbuah-buah bas datang angkut mereka.
 Makanan tidak dibenarkan bawa masuk sama sekali harap maklum, tapi kami sekeluarga bawa masuk curi-curi. Jangan beritahu pada security guard dekat situ ya. Pesanan ikhlas jangan lupa bawa tikar untuk alas tempat duduk, kalau lupa kalian akan duduk atas pasir atau atas simen sebab pangkin disediakan sikit sangat. Berikut adalah harga tiket (ala carte): Dewasa : RM12 Kanak-kanak : RM10 Warga emas : RM7 OKU : RM2.
 Kolam besar dan banyak tempat untuk mandi-manda. Paling happy Mammy liza dan Uncle Rosli Jaji. Mandilah sampai puas hati tiada siapa mahu marah atau larang tindakkan anda itu. Cuma air agak keroh dan kotor. Satu lagi tiada tempat berteduh kalau hujan ribut. Mesti barang kering yang di bawa bersama akan basah lencun. 
 Pengunjung akan diberikan sticker yang perlu dilekat ditangan sebelum masuk. kalau tiada sticker anda akan di halau keluar macam pendatang asing. Jangan buang sticker kalau sudah pakai, kalau boleh pakailah sampai bila-bila untuk membuktikan yang anda pernah datang ke sini berkelah.
Bagi yang berbajet rendah macam kami, banyak homestay milik penduduk tempatan di sini untuk di sewa. Harga berpatutan dan kediaman sungguh selesa dan boleh bawa segerombolan keluarga. Mahu memasak, basuh baju, tengok tv, cinta-cintu, parking kenderaan dan semuanya selesa.
Keesokkan harinya barulah kami pulang ke Ibukota dan menuju ke Tanjung Karang pergi makan mee rebus udang memang terbaik dan jalan terlalu sesak sebab banyak kenderaan.

Khamis, 14 Ogos 2014

Lumut & Pulau Pangkor

 Mama masih ada cuti dalam 2 hari maka plan kita seterusnya adalah ke Lumut, Perak makan angin.
 Sewa hotel murah-murah sahaja mahu sekadar tidur dan berehat sebelum menjelajah ke Pulau Pangkor keesokkan harinya.
 Ambik angin malam jalan-jalan ke Bandar Lumut. Makan malam yang damai.
 Keluar awal dari hotel sebab mahu belayar ke pulau.
 Sewa motorsikal jelajah Pulau Pangkor dan semua perkara tidak di rancang atau direncanakan dengan baik. Tetapi jelajah kami enjoy.
 Alhamdulillah cuaca sungguh baik sekali dan perjalanan lancar, Naik feri, motorsikal dan naik bukit yang jurangnya terlalu extream.
 Beli goreng pisang makan tepi pantai sambil jamu mata dengan ciptaan Yang Maha Esa.
 Kali ke 2 kami kemari dan kalau ada rezeki lagi kami akan datang lagi ke sini.
Beransur pulang ke Klang dengan seribu kenangan yang indah.

Rabu, 13 Ogos 2014

Solat 5 Waktu

 Sejuk hati Chek dan Mama lihat Muhammad Hamka Solat 5 waktu.
 Bagus dan pintar anak kami ini.
Jadi anak yang beriman dan beramal soleh serta bertakwa kepada Allah.
Amin.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Selamat Tinggal Kuala Terengganu

 Alhamdulillah kami sekeluarga selamat mendarat di tanah besar Jeti Merang pada pukul 12:30 tengahari. Terus pergi menziarah ke Masjid Kristal dan Pusat Tamadun islam Antarabangsa.
 Sempena musin cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri ramai pelancong dari seluruh negara datang melawat ke sini.
 Kalau datang melancong ke Kuala Terengganu tempat yang wajid dilawati adalah Pasar Besar Payang. Jom shopping sampai gila di sini. Lalu dengan tak lalu sahaja singgah di sini. mata terbeliak tersamput durian.
 Lepak jeti bas lama makan-makan apa yang patut dulu untuk alas perut yang lapar.
 Main kuda dan naik kereta kuda berhias. RM 5.00 1 kepala dan ronda dalam bulatan 5 kali pusingan.
 Naik ATF dan main sampai puas hati lanyak selagi boleh. RM 35.00 sahaja untuk 15 minit.
Balik ke Kemasik dan dalam perjalanan jem dekat Mesra Mall. Jumpa Kak Chik dan Kak Intan family.

Redang Selamat Jalan