Adsterra

Khamis, 2 Januari 2014

Gold Coast Morib Water Theme Park Resort

 Dari Nilai 3 kami sekeluarga menuju ke Pekan Banting bermalam di sana. Pada malam ambang tahun baru 2014. Sewa hotel dan kena serbu dengan anggota Jabatan agama Islam Selangor (JAIS), mereka menjalankan operasi membenteras maksiat.
 Alhamdulillah kami sekeluarga memberi kerja sama yang terbaik walaupun mengantuk teramat sangat sebab penat berjalan di Bandar Nilai 3 siang hari tadi. Daftar keluar hotel pukul 9.00 pagi dan terus pergi ke Pantai Morib.
 1.1.2014 pada tahun baru kami berkelah di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort. Ramainya pengunjung mahu bersantai mandi manda di sini. Harga tiket masuk dewasa rm 35.00 seorang manakala harga tiket untuk kanak-kanak rm 20.00 seorang. Tetapi harga tiket yang kami beli baru rm 60.00 untuk 3 orang dewasa, kerana ada seorang penginap di sini mahu pulang dan menjual tiket kepada kami dengan harga yang murah.
 Tokma hanya bersantai ambil angin laut tanpa mandi bersama dengan kami. Muhammad Hamka paling aktif berenang dengan pelampung tangannya yang berwarna kuning.
 Mama paling lama duduk dalam air berendam, suka sangat dengan kolam. Cuaca sungguh baik dan cerah tiada langsung tanda-tanda mahu hujan.
Bawa makanan ala kadar sahaja, sebab takut tidak boleh bawa makanan untuk masuk ke sini. Chek terlelap atas kerusi tunggu mama puas mandi. Muhammad Hamka sudah kecut jari-jemari kerana terlalu lama berendam dalam air. Tahun baru yang sungguh gembira sekali. Permulaan yang baik 2014.
Selamat tinggal 2013.

Rabu, 1 Januari 2014

Swimming pool Arabian Bay Resort

 Pagi-pagi lagi kami sudah turun untuk mandi kolam sebab pukul 12.00 tengahari nanti mahu daftar keluar. Peluang yang ada kami guna sebaik mungkin, berenang sepuas hati dan semahunya.
 Boleh guna tuala disini tanpa perlu bawa tuala dari bilik hotel, limit 2 helai sahaja boleh pinjam. Mula-mula tiada orang mandi-manda, lepas pukul 9.00 pagi suasana dalam kolam renang sudah jadi sesak dengan para penginap disini.
 Muhammad Hamka menggigil kesejukkan semua kecut jari-jemari tangan dan kakinya. Kebetulan suasana berangin macam mahu hujan, cuaca memang mendung kelabu.
 Mentor 'Mama' sedang mengajar Protege 'Muhammad Hamka' berenang kuak bebas, kuak katak dan kuak kupu-kupu.
 Tinggal kenangan yang terindah disini, memori itu indah bila kita kenang kembali saat-saat manisnya silaturohim diantara kita semua.
Daftar keluar, selamat jalan Bukit Gambang Resort City. Destinasi seterusnya adalah Nilai 3.