Tahun baru di isi dengan melawat Toki dan Tokwan ke Termeloh, Pahang. Pergi dengan 2 buah kereta bertolak seawal 7.00 pagi dari Klang, Tokma, Opah Yam dan Pakngah Lan naik 1 kereta.
Ketibaan kami di sambut dengan hujan renyai-renyai, singgah sarapan pagi di Bandar Termeloh sebelum menuju ke rumah Toki dan Tokwan. Gembira dapat bertemu Toki dan Tokwan, melawat dusun dan ladang buah-buahan sambil menikmati panorama yang indah dan menarik.
Buah rambutan dan buah dukun banyak sangat sedang masak ranum di atas dahan. Aktiviti Chek panjat pokok dan kait buah-buahan untuk di bawa pulang ke ibukota. Lepak di tepi kolam ikan dan menjelajah dalam kebun buah-buahan sungguh seronok sekali.
Suasana sungguh sejuk dan nyaman sebab hujan masih belum berhenti, kami meredah hujan pergi tangkap gambar untuk buat kenang-kenangan. Suka rasa hati melihat Tokma dan Opah Yam gembira bersantai di sini. Layanan Toki dan Tokwan cukup istimewa sekali.
Dapat buah-buahan 2 bonet kereta penuh dan sarat sekali, Alhamdulillah rezeki kami hari ini melimpah ruah sungguh. Lain kali mahu datang lagi melawat Toki dan Tokwan di sini.
Chek ada tinggalkan 2 bilah golok untuk Toki buatkan sarung dan ulunya sekali.