Adsterra

Ahad, 3 Jun 2012

Hadiah Ulang Tahun Pertama

 Jumaat, 1.6.2012, 10.00 malam bertolak ke Perak sempena cuti Keputeraan Agong. Jalan sesak dari Damansara ke Rawang mengambil masa selama 2 jam. Permanduan menjadi sangat perlahan kerana banyak kenderaan menuju ke Utara Semenanjung.
 Sabtu, 2.6.2012, 03.00 pagi baru tiba di lokasi yang dituju. Alhamdulilah kami semua selamat sampai ke kampung walaupun jalan sesak gila.
 9.00 pagi semasa semua sanak saudara sibuk berkemas rumah untuk menyambut majlis hari jadi Tokma dan Muhammad Hamka satu kemalangan yang tanpa disangka-sangka berlaku. Muhammad hamka tergolek dengan walkernya dari dalam rumah sampai keluar rumah ada saksi melihat memberitahu Muhammad Hamka berlari terlalu laju dengan walkernya sehingga hilang kawalan dan terhempas ke lantai sebanyak 4 kali pusingan.
Masa kejadian Chek tidak nampak dan mama hanya pejam mata seketika tidak mahu melihat kejadian yang menimpa Muhammad Hamka. Roda walker semua ke atas dan kepala Muhammad Hamka telangkup. Muhammad Hamka menangis semahu-mahunya, kerana dahi dia bengkak dan mulutnya berdarah. Kesian anak aku, maafkan kami kerana lalai.

2 ulasan:

  1. lalai sokmo ni....kecian kat hamka..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlepas pandang sebab ramai budak masa tu main dengan Muhammad Hamka...huhuhu

      Padam