Adsterra

Ahad, 27 Mei 2012

Kampung Paya Rumput Melaka

 Pagi Sabtu hantar Tokma naik bas Terminal Klang Sentral ke Perak balik kampung ada kenduri kendara di sana.
 Pertama kali Muhammad Hamka bergambar dalam bas ekspres.
 Shopping di pasaraya Giant beli apa yang patut untuk bekal ke Melaka.
 Jumpa sanak saudara di Masjid Tok Janggut Kampung paya Rumput Melaka.
 Meraikan majlis pernikahan Encik Azuan dan Isteri Cik Marlini. Selamat pengantin Baru.
 10k hantaran, lauk pauk best semua sedap. Tidur Home Stay 1 malam.
 Jumpa otai-otai kampung.
Berarak ke rumah pengantin pada hari Ahad.

Rabu, 23 Mei 2012

Family Terengganu Datang

 Oma Faten datang dari kampung pergi shopping ke Jaya Jusco.
 Lepak Setia City Mall makan Sushi King sampai mahu termuntah sebab banyak sangat.
 Shopping, shopping, shopping banyak duit Oma Faten, terima kasih belanja kami.
Ada yang melalak mahu main kereta mainan, kucar-kacir. Janji enjoy.

Jumaat, 18 Mei 2012

Satu hari Yang Panjang

 Pergi ke rumah Tokma, lama tidak jumpa Tokma.
 Menuju ke Kuala Lumpur singgah Amcorp Mall Petaling Jaya beli senjata antik.
 Pergi ke Mid Valley ada expo baby, harga runtuh sakan shopping.
 Ramai sangat orang datang beli napkin untuk baby-baby mereka.
 Beli buku untuk Muhammad Hamka 2 buah.
 Sungguh seronok sampai terlupa mahu makan tengahari.
 Dari Mid Valley menuju ke Taman Jasa ke rumah Tokcik Tokma mahu ambil duit tanah.
 Balik ke rumah paip bocor, aduh kesian chek kena baiki sampai basah lencun.
Umi Jaja datang bagi hadiah pada Muhammad Hamka.

Ahad, 6 Mei 2012

Pesta Buku Antarabangsa PWTC, Kuala Lumpur

Hari Sabtu, 5/5/2012, bertempat di PWTC telah berlangsung sebuah expo buku antarabangsa. Tepat pukul 10.30 pagi kami sekeluarga tiba di Kuala Lumpur, jalan sesak menuju ke Lebuhraya Mahameru menuju ke PWTC.
Tingkat 1, tingkat 2, tingkat 3 dan tingkat 4 semua penuh dengan pengunjung mahu beli buku murah-murah, dapat tengok Ustaz Don berceramah kepada para pengunjung. memang tidak boleh berjalan langsung, orang ramai sangat. Panas, sesak, bau yang kurang menyenangkan dari aroma badan, kebersihan tidak terjaga dan lalu lintas jadi kucar-kacir.
Dapat beli sebuah buku untuk Muhammad Hamka, mahu beli banyak lagi tapi tidak dapat sebab ruang untuk berhenti membaca langsung tiada orang terlalu ramai. Muhammad Hamka menangis sebab kepanasan, bawa stroller jadi perjalanan terkandas.
Pergi makan tengahari dekat The Mall, di sana sesak juga dengan orang ramai. Makan apa yang patut terus beredar menuju ke Chow Kit Road sewa hotel di sana sebab badan sudah terlalu penat dan letih bermalam 1 malam di sana sehelai sepinggang. Redah sahaja apa boleh buat, malam nanti beli baju dekat Pasar Malam Jalan TAR.