Adsterra

Ahad, 25 Mac 2012

Hantu Raya

Assalamualaikum, perjalanan kali ini banyak halangan yang terpaksa aku tempuhi. Berbagai rintangan dan dugaan terpaksa dilalui, cubaan yang datang betul-betul menguji hati dan perasaan. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama 4 jam terlajak menjadi 7 jam. Tersalah lalu jalan dan tersalah masuk kampung, sesat dan tidak tentu arah menuju ke destinasi yang (dirahsiakan). Hebat pengalaman kali ini, Ustaz Pak Engku hanya tersenyum simpul sahaja meredakan perasaan aku.

Tiba di destinasi yang di tuju perasaan menjadi resah bercampur gelisah, kurang senang dengan rasa hati yang hadir bagaikan suasana yang kelam. Tuan rumah tersenyum lebar semasa kami tiba, beliau memberitahu sudah 2 bulan rumah diganggu Lembaga Hitam berupa Hantu Raya kepada Ustaz Pak Engku dan aku. Bulu roma aku terus meremang, takut jugak dengar berita yang tanpa disangka-sangka.

Tanpa berlengah Ustaz Pak Engku membaca surah Al-Quran Karim, beliau berjalan perlahan-lahan di sekeliling rumah dalam suraman cahaya lampu suluh. Aku mengikuti dari belakang tanpa banyak bicara dan hanya menurut kemana beliau pergi.

Dalam suasana malam yang kelam, akhirnya Ustaz Pak Engku dapat mengambil 3 jenis barang kotor bersalut ilmu hitam yang paling keji di atas muka bumi Allah ini. Sungguh kurafat perbuatan mereka yang berjanji dengan Syaitan dan menduakan Allah s.w.t. Aku dan tuan rumah beristighfar panjang dan terkejut sungguh rasa hati, tidak sangka apa yang kami lihat.

Kesian Ustaz Pak Engku kesihatan terjejas teruk kerana benda kotor ini, kedua-dua lututnya terkejang-kejang kesakitan. Sesak pernafasan beliau kerana ujian mengambil barang kotor ini terlalu sukar, aku cuba memberi rawatan semampu yang boleh.

Alhamdulillah, dapat juga buang benda kotor ini ke satu tempat yang dirahsiakan. Sebelum bawa barang kotor ini untuk dibuang kereta tidak boleh dihidupkan, malah pintu kereta tidak dapat dibuka dari luar. Bacaan ayat Al-Quran Karim dapat mencegah semua perkara buruk berlaku, semasa kereta memulakan perjalanan terasa sungguh berat seolah-olah ada benda besar dalam kereta kami. Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa hati ini resah dan gelisah sekali semasa memandu untuk membuang barang kotor itu.
Syukur semuanya selamat, ada pepatah Melayu lama pernah berkata, " ada ubi ada batas, ada hari boleh aku balas". begitulah kata-kata tuan rumah yang berubat dengan Ustaz Pak Engku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan