Adsterra

Selasa, 29 November 2011

Klinik Kali Ke 6

 Hari ini nasib baik datang awal ke klinik tengok sikit punya panjang beratur tunggu giliran untuk ambil nombor.
 Muhammad Hamka bangun pukul 6.00 pagi dan mandi sambil ketawa terbahak-bahak.
 Beratur ikut siapa cepat dia dapat.
 Masa ini Muhammad Hamka menangis kena cucuk di atas peha kanan.
 Darah sentiasa keluar sebab Muhammad Hamka garu tempat luka yang kena cucuk.
Pergi Jaya Jusco Bukit Tinggi makan dekat tempat rahsia.

Isnin, 28 November 2011

Kenduri Taman Medan

 Nur Umairah Syamina tidak boleh berenggang dengan mama.
 Jumpa Atuk Zamri.
 JUmpa Atuk Long Karim
 Tok Ma suka tangkap gambar.
 Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama sepadan.
 Geng kompang buat Muhammad Hamka terkejut beruk dari mamai tidurnya.
 Tok Ma ajak shopping dekat Jaya Jusco Bukit Tinggi.
 Mama mahu main dengan Nur Umairah Syamina kejap.
 Tok Ma sakan bergaya malam ini.
 Mami Liza tangkap gambar sana sini untuk dimuatkan dalam fbnya.
Ucu dengan gayanya yang tersendiri dari dulu lagi.

Isnin, 21 November 2011

Kenduri Di Rumah Abang Kamil

 Baru bangun tidur tetapi selepas mandi terus sambung tidur semula.
 Pakai sikit punya lawa tapi tidur, bangunlah Muhammad Hamka kita ini mahu pergi ke tempat kenduri.
Pengantin berarak Muhammad Hamka masih lena tidur di dalam dakapan mama, walaupun cuaca panas terik.

Jatuh Katil

Allah Huakbar, rasa mahu tercabut jantung chek bila melihat Muhammad Hamka jatuh kepala dahulu daripada katil. Muhammad Hamka sekarang sudah pandai menganjakkan kaki dan badan jadi dia menolak-nolak kakinya sehingga jatuh daripada katil. Kebetulan chek sibuk berkemas di ruang tamu menyiapkan beg untuk keluar pergi kenduri keluarga Abang Kamil Bundle, manakala mama sibuk mengosok baju di bilik keperluan. Tinggallah Muhammad Hamka seorang diri, Aduh kesian anak chek, maafkan kami kerana lalai hari ini.

Ahad, 20 November 2011

Kenduri Di Rumah Abang Kamil

Selamat pengantin baru kepada adik abang Kamil.
Jumpa jiran lama abang zamri dan isteri.
Meriah sungguh majlis kenduri ini.
Pengantin berarak masuk ke singgahsana.
Semoga kekal sehingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu. Amin.

Sabtu, 19 November 2011

Family Abang Mie

 Seronok Hamka bermain dengan Emil.
 Emil suka semua barang-barang Hamka.
 Erin, Emil dan Hamka bergurau senda.
 Di bawa ke Jaya Jusco Bukit Tinggi sebab Kakak Syafiqa dan Kakak Syatila mahu shopping.
 Email sedang makan ais krem sambil tunggu mahu main permainan di ICT.
 Mama pun tidak lepas peluang untuk bergambar.
 ICT cantik di waktu malam.
Ramai pengunjung datang melawat di sini, tambahan pula musim cuti sekolah.

Isnin, 14 November 2011

Kuala Selanggor

 Singgah makan tengahari di restoran NLK Kapar.
 Banyak geng-geng motor kuasa tinggi berkumpul di sini.
Pergi Kuala Selangor sebabnya Chek ada membuat tempahan 2 bilah golok.

Isnin, 7 November 2011

Hari Raya Aidiladha

 Jumpa Opah di kampung.
 Kakak Jiha suka usik Hamka dan Syamina.
 Chek sedang makan tengahari nasi ayam lauk ayam kampung.
 Hari Raya Qurban.
 Surau kampung ada buat korban lembu.
 Buang tahi lembu dalam sungai dan menjala ikan selepas itu sambil mandi-manda serta menyelam minum air.
 Tok Ma sibuk memasak di surau.
Lembu Tok Ma dikorbankan sempena Tok Ma dapat duit pencen.
 Muhammad Hamka turut sama tengok lembu disembelih.
 Tok Ma orang paling sibuk ke hulu dan ke hilir tangkap gambar.
 Potong daging untuk dibahagikan pada orang kampung.
 Acara berborak beramai-ramai, sambil menunggu untuk makan jamuan.
 Jemput makanlah semua cepat berebut.
 Sessi layan budak-budak.
 Kenapa pulak menangis?
Lapar ke, sorry terlupa mahu bagi susu sebabnya sibuk buat kerja.

Ahad, 6 November 2011

Taman Tasek Taiping

 Chek berehat sekejap selapas penat memandu selama 4 jam dari Klang ke Taiping bertolak pukul 5.00 pagi tiba di Taman Tasek 9.00 pagi.
 Mama dalam keadaan segar bugar sebab semasa Chek memandu mama nyenyak tidur di ulik dengkuran yang hebat.
 Seluar Muhammad Hamka ditanggalkan sebab mahu tukar pampers, sudah penuh air kencing.
 Mama kelegaan kerana di terima sementara jadi kerani di bank awam Taman Tasek Taiping yang masuk kena bayar rm 0.30.
 1, 2, 3 cak cak cak pong.
 Pokok yang berusia ratusan tahun di belakang kami semua.
 Julai pokok masuk ke dalam air.
Tempat Chek dan Mama bercinta dulu sebelum kedatangan Muhammad Hamka, hahahaha.