Adsterra

Isnin, 28 Mac 2011

Barang Bayi Untuk Mandi

Pergi Mega Mall Mid Valley ada expo jualan murah barangan bayi, jalan jem gila. Takde parking langsung kena beratur cari parking, ramai betul ibu-ibu yang sedang sarat mengandung datang shopping. Harga runtuh sakan, bersesak-sesak semua pelanggan pakat-pakat cari barangan bayi yang murah-murah. Hebat macam-macam ada barangan keperluan untuk bayi 0 bulan sehingga 6 tahun. Sakit kaki aku dan wife kena pijak dengan stroller, dia orang main redah dan langgar je. Sabar jelah. Beli apa yang patut, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Alhamdulillah.
Baby Bathtub
Baby Cotsheet
Baby Toiletries
Baby Bath Mat
Anti Bacterial Liquid Detargent With Softener

Sabtu, 26 Mac 2011

Walimatus Urus Ismail Dan Aimi Aqilah

Assalamualaikum,
Kerajaan Negeri Selangor dan Generasi Idaman Selangor
telah mengadakan sambutan besar-besaran
Majlis Perkahwinan Perdana 2011.
Tuan Musa Bin Lebai Yusof
&
Puan Zainab Binti Abdul Rani
Telah berbesar hati menjemput saya sekeluarga bagi meraikan pernikahan putera kesayangan beliau,

Ismail Bin Musa
Dengan Pasangannya
Aimi Aqilah Binti Mokhtar
Majlis telah berlangsung pada hari
Sabtu, 26 Mac 2011
bersamaan 21 Rabiul Akhir 1432 Hijrah.

Bertempat di;
Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, Klang, Selangor.

Aturcara majlis
9.00 pagi sehingga 2.00 petang - jamuan makan.

Turut mengundang
YB Dr Hajjah Halimah Ali - Adun Selat Klang / Exco Selangor
Tuan Haji Jamuliddin Elias - Ahli Majlis, MPK (Majlis Perbandaran Klang)
Tuan Haji Shamsul Bahari - Ketua Kampung Delek
Tuan Haji Shaari Mat Nor - Nazir Masjid Nurul Amin

9.00 pagi - 9.30 pagi - Pengantin perempuan dan keluarga berkumpul di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek.

9.00 pagi - 9.30 pagi - Pengantin lelaki dan keluarga berkumpul di Masjid Darul Muttaqin, Kampung Sungai Udang.

9.30 pagi - Konvoi pengantin lelaki diarak ke Masjid Nurul Amin.

10.00 pagi - Acara Pencak Silat
- Paluan Kompang

10.20 pagi - Solat Sunat Hajat

10.30 pagi - Ketibaan;
Yb Dr Hajjah Halimah Ali
Yb Dr Hassan Bin Mohamed Ali
YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim Dato' Menteri Besar Selangor.

11.00 pagi - Khutbah Nikah oleh Yb Dr Hassan Bin Mohamed Ali
- Majlis Akad Nikah
- Bacaan Lafaz Ta'liq
-Bacaan Doa
- Acara Menyarungkan Cincin

11.30 pagi - Ucapan;
-Yb Dr Hajjah Halimah Ali
-Yb Dr Hassan Bin Mohamed Ali
- Ucapan Perasmian;
YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim Dato' Menteri Besar Selangor.

12.30 tengahari - 5.00 petang - Majlis Makan Beradab bersama
YAB Dato Menteri Besar Selangor, Yb Exco.
- Jamuan Rakyat.
9.00 malam - Forum Perdana. (Semua Di jemput Hadir)


Artikel Di Bawah Ini Daripada:
http://www.harakahdaily.net/
15,000 rai 44 pasangan Raja Sehari
Ismail Hashim

KLANG, 26 Mac: Majlis Perkahwinan Perdana yang diadakan di Masjid Nurul Iman, Kampung Delek, dekat sini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kejayaan 44 pasangan menjadi Raja Sehari.

Kehadiran tetamu sekitar 15,000 orang dari berbagai golongan masyarakat termasuk bukan Islam memeriahkan lagi suasana majlis.

Penaung program, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali dan Exco Agama negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut hadir.

Selain itu, ramai kalangan pimpinan hadir termasuk pegawai kerajaan mewakili berbagai agensi yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program.

Dalam ucapan aluannya. Dr Halimah berkata, dengan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah diharapkan lahirlah golongan masyarakat yang dapat bangunkan komuniti menjadi lebih berjaya.

Sebelum majlis akad nikah dilangsungkan, khutbah nikah disampaikan oleh Dr Hasan.

Setelah itu, seramai lapan kadi yang dilantik JAIS menjalankan tugas mereka menikahkan kesemua pasangan dalam masa sekitar satu jam.

Menurut salah seorang jawatankuasa program, Haji Jamuliddin Elias, dengan kejayaan penganjuran kali ini menambahkan semangat mereka untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan.

"Kita merancang program yang lebih meriah dengan jumlah penyertaan lebih ramai pasangan di masa akan datang.

"Kita memberikan banyak kemudahan kepada semua pasangan terbabit termasuk pakaian pengantin kecuali mahar yang mereka usahakan sendiri.

"Meskipun kita membelanjakan sekitar RM100 ribu untuk program hari, namun sumbangan menjayakan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah lebih diutamakan," tegasnya.

Jamuliddin berkata, walaupun mereka terbabit dari seluruh Selangor tetapi majoritinya datang dari Daerah Klang.

Katanya, jika sebelum ini, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Perlis pernah mengadakan program sama sebelum ini, kini Selangor menjadi negeri keempat berbuat demikian.

Ketika ditemui, pasangan yang terlibat mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke Hadrat Allah SWT kerana dapat bersama melangsungkan perkahwinan secara bersama pada hari ini.

Aminuddin Sohar, 20, dan isterinya, Nurul Hidayah Shahar, 26, mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin, Kerajaan Negeri, JAIS dan semua agensi terlibat.

Mereka berdua bertambah gembira kerana lokasi tempat berlangsungnya program, Masjid Nurul Amin adalah kombinasi nama mereka berdua.

Pasangan veteran, Zakaria Ismail, 64, dan Mariah Baharum, 48, pula tidak menjangka perkenalan sekitar empat bulan lalu dapat sama bersama dalam majlis hari ini.

"Kami bersyukur kerana dalam masa kurang setahun menduda dan keseorangan, dapat bersama menjadi pengantin kali kedua," ujar Zakaria sambil tersenyum ke arah isteri tersayang.

Majlis jamuan berlangsung sehingga jam 5 petang yang dilayani oleh petugas-petugas yang dilantik termasuk Briged Amal.

Sebelah malam, satu forum berkaitan pernikahan diadakan dengan panelisnya Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan artis yang baharu sertai PAS, Bob Lokman.

Barang Yang Paling Penting

Alhamdulillah, macam sudah lengkap barang bayi rumah. Semua sudah ada, senang rasa hati dan tenang jiwa raga. Sejak dua menjak nie aku dan wife sibuk dengan barang bayi, keluar masuk pasaraya tujuan cuma satu mahu lihat kelengkapan untuk bayi yang baru lahir. Seronok sakan bila tengok barang-barang bayi di luar sana, tak beli pun takpe janji dapat tengok sudah memadai. Kalau ikut hati mahu beli semua kelengkapan untuk bayi, tapi kena agak-agaklah. Hahahaha, memang hebat-hebat semuanya, geram aku dan wife dibuatnya. Tiga hari tiga malam tak habis cerita pasal barang bayi, terlebih seronok pulak. Apa-apa hal jutaan terima kasih kepada Puan Mar Ain kerana bagi banyak juga barang bayi pada aku semasa balik ke Terengganu hari Selasa, 22 Mac 2011 kerana menziarahi arwah Tok Ayah yang baru sahaja meninggal dunia. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Puan Norliza kerana supply baju dan seluar bayi. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi dan baik kalian, amin.
 Minyak Telon
 Mattress Set
 Bakul Sampah Untuk Buang Pampers
 Napkin Liners
 Stoking
 Baby Wipes
Carry Basket Cum Sleeping Mat
Nursery bag
 Toiletries baby
Pampers
Sidai pakaian
 Pins
Plastic Tie Pants
Tummy Binder
Tummy Binder
Disposable Nursing Pads
Pam Susu
Nursing Poncho
Botol Susu/ Bekas Bedak