Adsterra

Ahad, 30 Januari 2011

Walimatul Urus Nora Asfaazira Mohamed Ali Dan Ikhwan Syazani Mohad Yasin

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi,
Tuan Mohamed Ali Abdul Rahman
dan
Puan Zarina Mohd Patrol @ Badron

Berbesar hati dan sukacitanya telah menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kesayangan beliau yang penuh gilang-gemilang.
Telah berlangsung pada hari Ahad, 30 Januari 2011 bersamaan 26 safar 1432H.
Walimatul Urus
Nora Asfaazira Mohamed Ali
dengan pasangannya
Ikhwan Syazani Mohad Yasin
Bertempat di kediaman yang beralamat:
Lot 5306, Jalan UMNO,
Kampung Bukit Kapar,
42200, Klang,
Selangor.
Ya Allah Ya Muhaimin, dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkanlah rahmat dan nikmat kepada pasangan ini.
Satukan hati mereka seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaika dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Ya Rabbi.
Limpahkan kepada mereka sifat tunduk dan tawadduk, murahkan rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah yang beriman dan bertaqwa kepadaMu, bersyukur dengan segala rahmatMu, bersabar dengan segala ujianMu, semoga kebahagian abadi akan menjadi milik mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Amin Ya Rabal Alamin.

Sabtu, 22 Januari 2011

Taiping

05.10: Bangun tidur bersiap untuk ke Perak.


06.30: Angkat barang-barang bawa keluar letak di luar rumah untuk di angkut naik lori.

1. 5 buah tilam kekabu.
2. Cermin muka 3x5 kaki.
3. Besi hiasan untuk taman.
4. 2 kotak yang berisi pelbagai barang.
5. 2 plastik kuih donat.
6. 1 plastik kasut untuk berkebun.

07.50: Lori tiba dan bergerak menuju ke Perak. Lalu jalan Kunci Air Kampung Rantau Panjang. Ternampak Abang Zaidi sedang minun di Warung Wak Basiran.

08.35: Perjalanan lancar kerana cuti umum Thaipusam, lalu jalan belakang menuju ke Pekan Kapar. Singgah sarapan di Kampung Assam Jawa.

09.47: Berhenti sekejap di pam minyak Petronas, beli air mineral serta ke tandas basuh muka dan buang air. Menuju ke Sabak Bernam, cuaca sungguh baik dan dapat melihat panorama indah.

10.16: Tiba di simpang 4 Bagan Datoh, lori belok ke kiri lalu mengambil Jalan Hutan Melintang.

10.26: Susur masuk ke kiri ikut sing board Komplek Sejarah Pasir Salak, atau sign board Pusat Latihan Khidmat Negara Kem Teluk Rubiah. Dan melintasi Sungai Perak mendaki naik Jambatan Sultan Yusuf yang panjangnya 1,300 meter.

10.33: Terus menuju ke Lumut dengan lancar dan tenang. Permandangan sawah padi sungguh indah sekali.

11.03: Tiba di simpang ke Seri Manjung 200 meter dan belok ke kiri.

11.09: Terus lagi sehingga berjumpa kawasan perumahan Kampung Baru dan belok ke kanan masuk simpang ke Seri Manjung dan Taiping.

11.11: Sebelah kiri pemandu ada sebuah pusat Servis Proton, Pam Minyak Petronas, sebelah kanan pemandu pula ada Pasaraya Tesco dan jalan terus ke depan ada sebuah lagi Pasaraya Giant sebelah kiri pemandu.

11.17: ada jumpa simpang 4 ke Lumut dan Pulau Pangkor, perjalanan diteruskan. Sebelah kiri pemandu ada sign board Lumut Port Industrial Park.

12.15: Kami sampai simpang 3, dan belok ke kiri mengambil jalan ke arah Terong dan Taiping

12.18: Tiba di Pekan Terong, kena belok ke kiri untuk ke Taiping.

12.28: Syukur kami selamat tiba di simpang Taiping.

12.34: Singgah di Pam Minyak Caltek buang air sekejap dan cek lori ada masalah gear.

13.22: Sampai ke Kampung Cheruk Pelanduk dengan selamat. Rupa-rupanya senang sahaja lalu jalan dalam.

Ahad, 16 Januari 2011

Walimatulurus Helmi Dan Maria Ulfah

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keredhaan dan keizinanNya saya dan keluarga dapat menghadiri
Majlis Walimatulurus Puteri Kesayangan
Tuan Haji Mohyedin Bin Yusof
dan
Puan Hajjah Sapiah Binti Mohammed.
Terima kasih saya dan keluarga ucapkan kerana sudi menjemput untuk meraikan
Majlis Perkahwinan
Maria Ulfah Binti Haji Mohyedin
&
Helmi Bin Ismail
Pada hari Ahad, 16 Januari 2011 bersamaan 11 safar 1432h.
Bertempat di: No. 4, Jalan 9, Taman Cempaka Sari,
41400, Klang, Selangor.
Anak kecil bermain sampan, 
Malam tiba nyalakan pelita, 
Yang lelaki sangatlah tampan, 
Bersanding dengan putri nan jelita.
Semoga majlis ini akan diberkati oleh Allah S.W.T, Insya'Allah.
Terima Kasih.

Ahad, 2 Januari 2011

Ubat Yang Mama Makan Semasa Mengandung

 Iberet Folic kena makan sebiji sehari baunya kurang menarik.
 Neuro Gain PB makan untuk minda baby.
 Magnesium Trisilicate.
 Iron Tablets.
 Folic Acid.
 Vitamin B Complex.
 Zeet Tablets.
 Pil untuk buang angin.
 Pil Deman/tahan sakit.
 Pil Tahan Muntah.
 Pil Obimin.
 Glukos untuk bagi tenaga.
Ascorbic Acid.