Adsterra

Ahad, 18 Oktober 2009

KSB Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB)

 

Assalamualaikum, datang hantar makanan kepada Kerol ke KSB Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB). Tempat kilang-kilang dan kapal-kapal besar berlabuh. Ada platform atau pelantar minyak yang sedang diselenggarakan.

Tempatnya sangat luas berhampiran dengan kilang Perwaja kilang besi. Kebetulan kapal yang dinaiki Kerol sedang berlabuh sekejap sebelum keluar pergi ke Thailand sempatlah kami berjumpa dengannya. Kalau tidak dia akan belayar dan akan mengambil masa sehingga berbulan-bulan di tengah lautan.

Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kami sekeluarga hendaknya, amin.

Sabtu, 17 Oktober 2009

BBQ Kampung Injin Gergaji, Cukai

Assalamualaikum, balik dari Kemasik kami sekeluarga singgah ke rumah Kerol dan Yati.Malam ini kami berkumpul untuk jamuan bbq. Ramai tetamu hadir, kiranya jemputan untuk ahli keluarga terdekat sahaja. Suasana sungguh meriah sangat seronok dapat berjumpa dan berkumpul dengan sanak-saudara. Berkongsi kisah suka-duka, gossip dan gossip dan gossip hahaha.
Meraikan anak-anak buah yang sudah lama tidak berjumpa dan bersua muka dapat mengubati rindu lara. 
Marwa Husna yang sangat comel dan dirindui.
3 orang chef yang kaki sembang dan lambat servis hidangan hahaha membuatkan kami kelaparan.
Akhirnya waktu makan menjelang tiba, lumayan sekali lauk-pauknya bikin asyik.
Puas makan dan sangat kenyang menu sangat sedap dan terbaik.
Syakirin dan Muhaimin sudah mengantuk sekejap lagi kena hantar mereka berdua pulang kepangkuan keluarganya.
Pantun Dulu.
Gendang gendut tali kecapi 
Kenyang perut suka hati 

Pantun Sekarang.
Gendang gendut tali kecapi 
Perut gendut tiada yang sudi
Terima kasih atas layanan yang luar biasa semasa lawatan kami! Kami menikmati setiap saat dengan selesa! 
Terima kasih kerana menerima kami dan membuatkan kami berasa seperti di rumah sendiri! Kebaikan anda sekeluarga amat dihargai!
Dengan hati yang penuh kesyukuran. Semoga Tuhan memberkati atas keramahan dan kebaikan anda sekuluarga yang luar biasa.

Nelayan

Assalamualaikum, satu hari di hari yang baik kami sekeluarga pergi ke Pantai Kemasik melihat para nelayan pulng dengan hasil tangkapan mereka.




Sebuah sampan fiber baru pulang dari menangkap ikan. Ramai awak-awak yang datang tolong punggah ikan untuk dinaikkan ke darat.




Boleh tahan banyak ikan yang dapat ditangkap hari ini. Rezeki dari laut. Orang Terengganu panggil ikan barat, orang Selangor panggil aku tidak tahu ikan jenis apa.




My wife seronok menyibukkan diri di tengah kesesakkan awak-awak yang sedang memunggah ikan. Pengalaman pertama bagi dirinya, tentulah tidak lepaskan peluang tengok nelayang pulang dari laut menangkap ikan. Alhamdulillah dapat rezeki yang tanpa disangka-sangka, kami dapat ikan percuma (hanya dengan menyibukkan diri anda akan dapat ikan percuma, hahahaha).




Sambil menikmati hembusan angin laut Cina Selatan, kami lepak di atas sebuah wakaf yang ada sebidang pukat yang hendak dijahit kerana telah koyak-rabak. Teruja melihat telatah anak-anak buah yang sedang mandi laut dengan gembira sekali. Walaupun cuaca panas terik, badan terasa sejuk kerana hembusan angin laut bertiup sungguh nyaman sekali.




Ayah Long Che Yen bercerita tentang pengalaman beliau semasa berada di laut dalam. Singgah makan keropok lekor, ikan serta sotong celup tepung dan minum air kelapa muda di warung Kak Long Che Sopiah.








Jumaat, 16 Oktober 2009

Pantai Tampin Kemasik

Assalamualaikum, sekian lama tidak mandi laut hari ini kami sekeluarga dapat mandi-manda dengan girangnya ditemani anak-anak buah tersayang.

Inilah pantai yang banyak simpan kenangan kepada kami sekeluarga. Pantai inilah juga tempat kami membesar dan mendapat rezeki dari hasil launya.

Berendam lama-lama dalam laut dapat buang toksin dari dalam badan dan mengembalikan tenaga kesegaran.

Pandang laut dapat pahala dan mandi laut dapat tenaga. Sangat seronok sampai terlupa masa berlalu.


 Kalau tidak mandi laut terasa rugi kebetulan airnya tenang dan tengah surut tiada arus dan ombak. Rasa sekejap sangat dan tidak puas sebab senja sudah berlabuh tirai.

Kampung Gong Chengal


 Assalamualaikum, perjalanan kami dari Klang terus menuju ke Kemasik, Kampung Gong Chengal menghadiri ke rumah terbuka untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Syukur Alhamdulillah dapat jumpa sanak-saudara yang dikasihi. Sudah lama tidak bersua muka kerana berjauhan negeri yang didiami. 

Semoga ikatan silaturohim kami berkekalan hendaknya, amin.